Pages

Wednesday, June 23, 2010

I5Ra3L !APA YANG ANDA TIDAK TAHU,TAHU ATAU AKAN TAHU....

0
Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 mas jid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume ros ak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Ha mas !" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Ha mas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Ha mas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan ros ak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Ha mas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Ha mas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Ha mas . Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Ha mas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan mas a bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )gaza3.jpggaza4.jpggaza5.jpggaza7.jpggaza8.jpggaza9.jpggaza10.jpggaza1.jpg

gaza11.jpg
gaza12.jpg
gaza13.jpg
gaza14.jpg
gaza15.jpg
gaza16.jpg
gaza17.jpg
gaza18.jpg
gaza19.jpg
gaza20.jpg
gaza21.jpg
gaza22.jpg
gaza23.jpg
gaza24.jpg
gaza25.jpg
gaza26.jpg
gaza27.jpg
gaza28.jpg
gaza29.jpg
gaza30.jpg
gaza31.jpg
gaza32.jpg


Sunday, June 20, 2010

ADUHAI CINTA

0

Alhamdulillah, pada 19 Jun 2010 ana diizinkan menghadirkan diri di Masjid Al-Azim, Pandan Indah untuk mengikuti forum yang bertajuk `Aduhai Cinta... milik siapakah ia???Pada mualanya ana berasa hampa apabila panelis asal forum ni, Fatimah Syarha tidak dapat menghadirkan diri.. memang ana nak jumpa dengan penulis kegemaran ana ni.. Tetapi kehampaan ana terubat apabila ketiadaan Pn. Fatimah syarha ini digantikan dengan DR. Rosni Adam.. Pengisian yg disampaikan oleh DR juga tidak kurang hebatnya...

Banyak pengisian yang ana peroleh.. Maklum saja tengok tajuk pun CINTA.. Memang menarik dan ana rase program seperti ini wajarlah diadakan terutamanya bagi golongan remaja... I`Allah ana akan cuba ,mengulas sedikit apa yang ana perolehi dari forum ini... Same2lah kita amalkan ....
CINTA... mengikut Ustaz Hasrizal, seperti tenaga.. Tenaga maknanye mempunyai kekuatan.. Semua org perlukan cinta, cinta kepada Allah, Rasul, Ibubapa, diri sendiri, dan sesama manusia.. itu adalah fitrah.. dan bagi remaja zaman sekarang... cinta antara lelaki dan perempuan itu biase... bagi istilah sekarang `couple'... Ade yg kate fenomena biase. Siape yang tak ade pasangan dikira tak normal.. Sampaikan ade yang terpaksa menipu mengenai hal ini dengan mengatakan bahawa mereka baru putus cinta.. Kenapa perkara ini terjadi???

Pertamanya.. ialah anak2 kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga.. Ibubapa sekarang yang sibuk mencari wang.. keluar pagi, balik malam.. anak2 dibiarkan tanpa kasih sayang.. dan jarang sekali untuk diberikan perhatian.. anak2 rase kesunyian... Jadi untuk mengisi kesunyian itu, maka mereka akan mencari pasangan...

Kedua, dipetik dari kata2 Hassan Al-Basri, `Jika kita tidak disibukkan dgn urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dgn urusan kebatilan...' Maka untuk mengelakkkan masalah ini.. kita perlulah hidup dalam jemaah.. kenapa??? jika kita hidup berjemaah kita ade sahabat2 yang akan mengingatkan kite tentang kebaikkan dan keburukkan.. Itulah perlunye jemaah.. dan sahabat2 disekeliling kite...


Banyak lagi pengisian yang menarik... Ana suke dgn kesimpulan yg diberikan oleh DR. Dari kata2 Imam An-Nawawi.. ` Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu ' Jadi cintailah seseorang kerana Allah, Bencilah kerana Allah, dan kasihlah kerana Allah...

Dari Ustaz Hasrizal pula.. Meringkaskan cinta dari 3 peringkat :
1) Sakinah- Merasa tenang dengan cinta
2) Mawaddah- Kasih sayang
3) Rahmah
Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada realiti sebuah kehidupan, pasca `Aku terima nikahnya'..

Ana tak dapat ceritakan secara detail... Sedikit sahaja perkongsiannya dari ana.. I`Allah, manfaatnye kita ambil...

Tuesday, June 15, 2010

Open Your Eyes

2

Salam buat semua pembaca yang budiman...
Post kali ini ana mahu mengajak antum semua buka mata luas2.. bukan setakat buka mata sahaja.... ~we just have to... open our eyes, our heart, and mind~ sedap lirik ni, banyak makna yang tersirat. Kita buka mata luas2, buka hati kita... dan kemudian berfikir tentang kekuasaan Allah yang berada di sekeliling kita.. Just look around yourself....

" Dia menciptakan langit tanpa tiang sbgmana kamu melihatnya, dan dia meletakkan gunung2 (di permukaan bumi) agar bumi tidak menggoyangkan kamu, dan memperkembang biakkan segala mcm jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya sgl macam tumbuh2han yang baik " (31:10)

Jelas ayat diatas menerangkan bahawa Allahlah yang maha berkuasa dalam menciptakan sgl yang ada di muka bumi ini. PenciptaanNya Maha Hebat dimana langit dapat berdiri dengan teguhnya tanpa memerlukan tiang, lihat sahaja bagaimana manusia membina rumah untuk memperkukuhkannya masih juga memerlukan tiang, walaupun kita mengupah arkitek yang hebat tetap tidak dapat menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah. Allahuakhbar!!

Look around youself~ Apa yang ada disekeliling kita???? Kita lihat penciptaan Allah terhadap diri kita sendiri. Bagaimana Allah menciptakan manusia dengan cantik. Bagaimana jari2 kita dapat bergerak, tangan dan kaki berfungsi dengan sebaik-baiknya.. Subahanallah banyak sungguh nikmat Allah pada kita... Adakah kita masih tidak memikirkannya???
Or are we so blind????

"Dan perumpamaan2 ini Kami buat untuk manusia ; dan tidak ada yang memahaminya kecuali mereka yang berilmu " (29:43)
Open our mind..... hanya mereka yang berilmu sahaja yang akan memahaminya......

Kenapa kena buka mata, hati dan fikiran kita????
"Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam bnyk dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati (tetapi) tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah), dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak mempergunakannya untuk memperlihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mempergunakannya untuk memperdengarkan (ayat2 Allah),. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah" (7:179)

Jelaskan???? Just look around yourself~ Open our eyes, our heart, and mind ~

Thursday, June 10, 2010

Takziah buat Ustaz sekeluarga..

2

Budak maut tertidur dalam van


Jenazah Aliyah Humaira Zainul Abidin dibawa keluar dari Surau Bangi Perdana untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia hari ini, selepas lima hari koma akibat terperangkap kira-kira tiga jam dalam van tadika yang dinaikinya di Bangi dekat sini.

Kanak-kanak itu, Aliyah Humaira Zainul Abidin dipercayai tertidur dalam van ketika dihantar ke tadika yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Bangi Perdana pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi sewaktu kanak-kanak itu, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dihantar menaiki van yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tertidur dalam kenderaan tersebut di tempat duduk belakang van, tanpa disedari pemandunya.

"Dia hanya disedari masih berada dalam van itu oleh rakan-rakannya yang ingin menaiki kenderaan tersebut untuk pulang dari tadika kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Sejurus selepas itu, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan. Keadaannya koma menyebabkan dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Shakaruddin, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kegagalan ginjal.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di rumah kanak-kanak itu mendapati suasana pilu menyelubungi rumah keluarga itu di Bangi Perdana sebelum majlis pengebumian.

Bagaimanapun, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak itu enggan ditemui kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Jenazah allahyarham Aliyah Humaira selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang selepas disembahyangkan di Surau Bangi Perdana selepas solat Asar.


* takziah buat Ustaz sekeluarga ana doakan moga tabah mengahadapi segala ujian yang datangnya dari Allah.... Saat terpandang wajah ustaz di surat khabar, ana terkejut lantas menyelak dengan pantas apabila membaca tajuknye.. Innalillahiwainnailaihirajiun....

Wednesday, June 9, 2010

Islamlah pembela kaum wanita

0



Belanda mengirimkan perwakilan mereka yang keturunan Somalia, Ayaan Hirsi Ali untuk mengkritik Islam. Dalam sebuah pernyataannya Hirsi Ali mendakwa agama Islam didasarkan pada gaya hidup kekerasan serta tidak toleran, dan dirinya menghasut serta menyerukan negara-negara Barat agar lebih memperketat persyaratan untuk memberikan bantuan kepada negara-negara Muslim.

Hirsi Ali, menurut akhbar Jyllands Posten Denmark mengatakan: "Islam adalah cara hidup yang ditandai oleh kekerasan, kebodohan dan gaya hidup bermusuhan dengan kaum perempuan dan kelompok gay, non-toleran dan diskriminatif," dia juga menyerukan Eropah dan Amerika Syarikat untuk memaksakan agar keadaan tersebut hilang di negara-negara muslim.

Dia menambahkan: "Kita mesti memberitahu mereka (negara-negara Muslim) bahawa kita akan membantu mereka dengan syarat mesti mengubah sikap mereka terhadap kaum wanita kerana kami meyakini bahawa pembebasan terhadap wanita dapat memberikan kontribusi pada kemajuan negara mereka," menurut dakwaan tersebut.

Hirsi Ali saat ini berada di Copenhagen atas undangan panitia bedah buku dan pada kesempatan promosi buku barunya yang berjudul "Nomad" (nomaden), yang juga diterjemahkan kedalam bahasa Denmark.

* Ana x tahu apa yang cuba diminta oleh Hirsi Ali ini mengenai tanggapan orang Islam terhadap Wanita kerana Islamlah yang telah menaikkan matrabat wanita ketika martabat wanita diinjak-injak sehingga boleh dibunuh hidup2 pada zaman jahiliah.

Kita lihat sahaja org2 Yunani menyamakan perempuan dengan barang dagangan yang boleh di jual beli di Pasar. Ade juga yang menganggapnya najis dan kotoran dari perbuatan syaitan. Sebab itulah, hak perempuan boleh dirampas, tidak perlu diberikan bahagian pusaka.

Sungguh berbeza dengan Islam. Jika kita lihat zaman jahiliah sahaja dah cukup untuk membuktikan bahawa Islam itu pembela bagi golongan wanita. sehingga Allah mengutuk perbuatan mereka di dalam surah An-Nahl : 58-59.

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.
Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu." (16:58-59)

Jelaskan sikap2 mereka di zaman Jahiliyah dahulu... Lalu Allah, melalui RasulNya, Muhammad membela perempuan dan menaikkan martabat mereka ke tempat yang sepatutnya. Lihat Hadis Rasulullah SAW " Barangsiapa mempunyai anak perempuan dan tidak dikuburkannya hidup2, tidak memalukannya, dan tidak melebihkan anak laki2 keatasnya, Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga" ( Hadis Riwayat Ahmad).

Bukan sahaja dalam kehidupan bahkan dalam hukum2 Nya juga Allah melindungi hak2 wanita. Lihat Firman Allah dalam surah 2:228
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah juga melebihkan wanita dalam hukum2Nya, malah Allah juga mengurniakan satu namaNya iaitu Rahim dan diletakkan di dalam tubuh wanita...

*renung2kan dan fikir2 kan......*

Sunday, June 6, 2010

Telefon Bimbit

4

Salam buat pembaca sekelian.. Hayatilah sepucuk surat yang ditulis oleh seorang ayah kepada anaknya. Boleh dijadikan pengajaran bagi kita dalam menjalani kehidupan sebagai muslim...
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..


Anak ayah yang disayangi,


Sudah tiba masanya anak ayah menggunakan telefon bimbit ini. Walau bagaimanapun ia bukan keperluan asas, tetapi adalah satu keistemewaan. Maknanya, kalau anak ayah melanggari perjanjian penggunaan ini, maka ayah berhak mengambilnya semula.

Ingat ya, telefon bimbit ini adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan. Ia adalah otak kita yang kedua. Ia boleh menyimpan data dan maklumat dan boleh mengingatkan kita banyak perkara. Polis lebih mempercayai maklumat dalam telefon ini daripada otak kita sebab dia tidak menipu. Oleh itu, simpanlah di dalamya data-data yang baik-baik sahaja. Jangan masukkan di dalamnya bahan-bahan haram seperti gambar atau video lucah. Ia menggambarkan sikap dan akhlak kita juga.


Disebabkan ia adalah menggambarkan akhlak kita, pastikan anak ayah paparkan di “background”nya gambar yang soleh, bukan gambar orang yang tidak sopan. Telefon ini mengeluarkan suara, oleh itu pastikan “ringtone”nya tidak mengganggu orang lain sama ada tahap bising yang kuat atau iramanya tidak menyenangkan.


Setiap komunikasi hendaklah mulakan dengan salam yang sempurna. Sama ada menggunakan SMS atau suara. Dan setiap perbualan mesti (wajib) di tutup dengan doa sejahtera atau semoga bertemu lagi. Jangan biarkan tergantung menyebabkan pemanggil tertunggu-tunggu dariada kita.


Penggunaan di rumah


Adab bercakap dengan pemanggil di rumah sama seperti mana kita menerima kunjungan tetamu ke rumah ayah. Ayah hanya membenarkan anak ayah bercakap di ruang tamu sahaja (tidak di dalam bilik tidur anak ayah) melainkan pemanggil itu sejantina atau muhrim kita.


Waktu menggunakan telefon bimbit di rumah tetap sama seperti mana adab memasuki bilik tidur. Anak ayah tahukan, antara Isyak hingga subuh (setiap hari) dan antara zuhur dan asar (hari minggu dan cuti umum) waktu ini anak ayah tidak boleh masuk bilik ayah melainkan ketuk pintu minta kebenaran. Begitu juga telefon bimbit. Supaya pemanggil luar tidak merosakkan adab kita, antara waktu isyak hingga subuh, semua telefon bimbit di”senyap”kan atau matikan terus dan diletakkan di ruang tamu. Jika ada panggilan diwaktu-waktu “aurat” kita ini, kita jawab selepas waktunya. Ayah tak rela ada pemanggil lelaki yang bukan muhrim bercakap dengan anak ayah yang perempuan ini, di atas katil, pada waktu tengah malam, tanpa izin daripada ayah.


Jangan bawa telefon bimbit ini ke dalam tandas. Nanti susah untuk menjawab salam (sama ada sms atau suara) kalau ada orang memanggil kita.


Hukum membuat panggilan sama ada SMS atau suara


Anak ayah yang disayangi, walaupun belum ada hukum fiqah yang dikeluarkan, ayah menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang HARAM anak men”dial” atau hantar sms kepada seseorang.


Pertama: Orang yang anak nampak dan tahu dia sedang sembahyang, sedang belajar dan sedang berkerja.

Kedua: Waktu aurat orang itu (antara isyak dan subuh) melainkan dia beri kebenaran.

Ketiga: Orang yang bukan muhrim yang tiada urusan dengan anak sama sekali.

Keempat: Dengan tujuan maksiat dan sewaktu dengannya.


Perkara yang MAKRUH pula ialah


Pertama: Waktu-waktu sembahyang fardhu jamaah orang itu.

Kedua: Sengaja membuat “miss call” melainkan diberi kebenaran.


Perkara yang SUNAT pula ialah


Pertama: Hubungi opah, atuk, mak cik-mak cik sebulan sekali. Tanyakan khabar mereka, ceritakan keadaan dan kesihatan keluarga kita dan doakan kesejahteraan untuk mereka.

Kedua: Menyebutkan nama atau memaparkan nama kita di hujung sms bagi orang yang tidak kerap kita hubunginya agar dia tidak tertanya-tanya siapa kita.

Ketiga: Minta kebenaran melalui sms dahulu untuk berkomunikasi dengannya.


Perkara yang WAJIB pula ialah


Pertama: Menjawab dengan kadar segera panggilan dan/atau sms. Jawapan yang paling lemah sekali ialah dengan memaklumkan kepada pemanggil melalui sms “OK”. Melainkan perkara itu maksiat dan keburukan.

Kedua: Menghubungi pihak berkuasa jika berlaku perkara yang menjejaskan keselamatan ummah.


Penggunaan di tempat awam


HARAM menghidupkan telefon bimbit.


Pertama: Tempat-tempat yang ada dipaparkan tanda tidak dibenar menggunakannya seperti di hospital kawasan tertentu, masjid, di sekolah dan sebagainya. Atau diumumkan seperti di dalam pesawat, dewan seminar atau kursus.


MAKRUH menggunakan telefon bimbit atau menaip sms,


Pertama: Sedang bersama rakan sama ada urusan formal atau tidak melain meminta izin mereka yang hadir dahulu. Malah di dalam teksi, sila anak minta kebenaran pemandu teksi sebelum menjawab atau membuat panggilan.

Kedua: Bercakap dan ketawa dengan pemanggil hingga mengganggu orang di sekeliling.

Ketiga: Menyebut keburukan orang lain dengan pemanggil hingga orang di sekeliling boleh mendengar dengan jelas (kekadang boleh naik tahap haram)


Cukuplah setakat ini dulu anak ayah . Jika timbul isu lain, nanti kita sama-sama buat “fatwa” yang lain pula.


Terimalah telefon bimbit Nokia N100 4G dari ayah untukmu.


Selamat mencuba..!!

Saturday, June 5, 2010

7 Golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat

2
بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)


1. Imam (pemimpin) yang adil


Dalam ajaran Islam, seorang imam atau pemimpin haruslah berlaku adil, karena segala hal yang menjadi tanggungjawabnya akan dipertanyakan kembali di akhirat kelak. Maka bergembiralah bagi pemimpin yang dapat berlaku adil, karena akan mendapatkan naungan di sisi Allah Subhanahu wa ta’alaa di akhirat nanti. Pemimpin yang dimaksud tidak hanya pemimpin sebuah negara ataupun penguasa suatu tempat, namun termasuk pula seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anaknya dalam sebuah keluarga.

2. Pemuda tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah Subhanahu wa ta’alaa

http://2.bp.blogspot.com/_J6oQTciV3UA/SxvCmF0QHfI/AAAAAAAAAMU/C2znxsP2Kug/s320/3246352831_fb88153400_o.jpg

Allah juga menjanjikan naungan atau lindungan di akhirat kepada pemuda yang senantiasa hidup dalam ibadah kepada Allah Subhanahu wa ta’alaa. Ibadah yang dilakukan tersebut dilakukan semata-mata karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, seakan-akan Allah melihat segala perbuatan dan amal ibadahnya itu.

3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid



Masjid adalah rumah Allah Subhanahu wa ta’alaa. Naungan Ilahi akan selalu ada di akhirat nanti bagi orang yang senantiasa rindu untuk beribadah di masjid dan merasa betah berada di dalamnya. Setiap waktu, ia selalu menunggu-nunggu tiba saatnya untuk datang ke masjid untuk sholat wajib maupun sunnah, sholat berjamaah, mengaji, mendengarkan ceramah, dan sebagainya.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula

http://4.bp.blogspot.com/_yA9KnNI1v6Y/Sn6UC6vA5kI/AAAAAAAAAaA/jPK1pAjjM-E/s320/ukhuwah.jpg

Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah Subhanahu wa ta’alaadi akhirat nanti, dan Allah Subhanahu wa ta’alaaakan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah Subhanahu wa ta’alaa mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah Subhanahu wa ta’alaa yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”

5. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’



Hal tersebut merupakan salah satu ujian bagi seorang laki-laki, dimana wanita adalah ujian yang sungguh berat bagi kaum laki-laki. Seorang laki-laki yang beriman pada Allah Subhanahu wa ta’alaa takut kepada Allah dan takut kepada azab api neraka, sehingga laki-laki ini sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.

6. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya



Allah Subhanahu wa ta’alaa akan memberikan perlindungan bagi orang yang suka memberi sedekah dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan selain ridho Allah swt semata. Dalam bersedekah, ia tidak membesar-besarkannya, sebaliknya ia akan melakukannya secara tersembunyi dan tidak ingin diketahui orang lain.

7. Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan air matanya



Berdzikir dengan hati yang tulus, ridho, dan ikhlas seorang diri, dengan perasaan takut kepada Allah hingga meneteskan airmata, sebagai tanda kecintaan kepada Allah swt, menyadari kebesaran Allah Subhanahu wa ta’alaa, serta merasa dirinya penuh dosa sehingga memohonan ampunan kepada-Nya. Allah akan membukakan pintu syurga untuk orang-orang yang seperti ini.

Beruntunglah bagi mereka yang mendapat naungan Allah di Akhirat kelak. Semoga kita menjadi salah satu diantara 7 golongan di atas.