Pages

Sunday, January 16, 2011

Ukhuwah Islamiyah

1

Menurut Imam Hassan Al-Banna, Ukhuwah Islamiyah adalah terikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan Akidah. Ikatan akidah bermaksud seagama.. kita lihat firman Allah di dalam surah Al-hujurat yg bermaksud "sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudaramu (yang berselisih)dan bertakwalah kamu kpd Allah agar kamu mendapat rahmat" (49:10)

Hakikat Ukhuwah Islamiyah

1. Nikmat dari Allah SWT

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan jgnlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk". (3:103)

Ayat diatas menerangkan bahawa dengan berukhuwah, dapat menyelamatkan kita dari jurang neraka. Apabila Allah mengirimkan perasaan kasih sayang di antara hamba-hambaNya lalu menjadikan mereka aman dengan hubungan persaudaraan itu, ia menjadikan hubungan yang didasari atas nama akidah dan kerana Allah melebihi dari hubungan persaudaraan kerana nasab keturunan.

2. Perumpamaan tali tasbih

"Teman2 karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yg bertakwa" (az-Zukhruf, 43:67)

Berdasarkan ayat diatas, kita hendaklah saling ingat meningatkan antara satu sama lain ketika bersahabat.... supaya kita tidak bermusuhan ketika di akhirat kelak... Tanda sahabat kita menyayangi kita ialah apabila dia menegur setiap kesalahan kita.... dan teguran itu adalah hak ukhuwah yg mesti kita tunaikan..

3. Merupakan arahan Rabbani

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana " (8:63)

4. Merupakan cermin kekuatan Iman.

"sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudaramu (yang berselisih)dan bertakwalah kamu kpd Allah agar kamu mendapat rahmat" (49:10)



Peringkat2 Ukhuwah

1. Ta`aruf
saling kenal mengenal antara kaum muslim untuk mendapat keredhaan Allah.

Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat yg bermaksud " Wahai manusia, sesumgguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan , kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yg paling mulia di sisi Allah ialah org yg paling bertakwa. Sungguh Allah Maha mengetahui, Maha Teliti " (49:13)

2. Ta`aluf
bersatunya seorg muslim dgn muslim lainnya, atau bersatunya seseorang dgn org lain.

Firman Allah "dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana " (8:63)

3. Tafahum
saling memahami

4. Ri`ayah dan tafaqud
seorang muslim hendaklah memerhatikan keadaan saudaranya supaya kita boleh memberikan pertolongan sebelum diminta pertolongan.

5. Ta`awun
Saling membantu terutamanya dalam kebaikan

6. Tanashur
Sama ertinya dgn Ta`wun, tetapi maksudnya lagi mendalam lebih luas, dan menggambarkan makna cinta dan kesetiaan..

Marilah kita sama2 berukhuwah dan saling mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain....



jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih. ada awal tiada penghujung. dibentuk utk mengingatiNYA, dicantum krn cintaNYA, diratib semata-mata krn redhaNYA. menitis airmata tika merasai kemanisannya ~

Sunday, January 9, 2011

Perbaharui NIAT

0

Alhamdulillah selamat melangkah ke alam PISMP, bergelar mahasiswa.. Alhamdulillah lepas balik dari bercuti yg sgt lama di rumah,, ana kembali menghuni di asrama IPGM Kampus Sultan Mizan.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan yang Engkau berikan kepadaku. Aku dapat bertemu kembali dgn sahabat2 kesayanganku disini...

Tahun baru, azam pun baru.. kalau boleh semuanya nak baru... setengah mengatakan tutup buku lama buka buku baru.. Tapi bagi ana, setiap tahun baru yg datang, kita memperbaharui niat kita. Jadikan segala yg kita lakukan lebih baik dari tahun sebelum ni.. Janganlah kita berada di tahap yg sama kerana sesungguhnya kita termasuk dalam golongan yg rugi..

InsyaAllah sama2 kita 'tajdid'kan niat kita.. Kita mahu menjadi hamba Allah yg lebih baik dari sebelum ini.. Kita juga memperbaharui niat kita dalam beribadah kepadaNya.. Ikhlaskan segala2nya adalah krn Allah... Kata2 Fudhail bin `Iyadh mengenai Ikhlas "meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`,Beramal krn manusia adalah syirik, Ikhlas beramal adalah yg selamat dari keduanya" ..

Lihat betapa pentingnya keikhlasan dalam beramal.. Na`uzubillah jika sebelum ini niat kita terpesong.. Marilah kita2 sama2 muhasabah dan perbaharui niat kita... Mahu menjadi hamba yg lebih baik dari sebelum ni dalam mengabdikan diri kepada Allah dan moga digolongkan dalam golongan org2 yg soleh.. InsyaAllah..