Pages

Thursday, August 16, 2012

♥♥♥ Sahabat Dakwahku.. ~

1

Jalan yang panjangg...

Terkadang, kita akan rasa letih apabila melaluinya..

Niat di hati ingin terus berjuang di Jalan ini..

♥♥♥ walaupun terkadang rebah, terkadang resah.. ♥♥♥

maka..

aku memerlukan sahabat seperti Nabi Musa memerlukan Nabi Harun..

Seperti Rasulullah yang mempunyai sahabat seperti Saidina Abu Bakar..

Untuk aku terus bangkit dari rasa futurr.. 

Untuk sama-sama meniupkan semangat agar aku terus thabat..

Di Jalan Dakwah yang panjangg..

Sahabat Dakwahku yang ku sayangi hingga ke syurga..

Dirimu begitu istimewa.. 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ ~ Uhibbukunna fillah ♥♥♥♥♥♥♥♥♥


                           



Friday, August 10, 2012

Syukur atas nikmatMu..

0

Pernah ku terfikir...
Apa yang ada padaku sehingga Allah mengizinkan aku 
merasai nikmat Islam dan Iman...
Apa yang ada padaku sehingga Allah memilihku
untuk meneruskan risalah perjuangan nabi
dan menyebarkan syariatNya di bumi...
Bukan aku tidak mahu...
Tapi aku terlalu mahu...
Syukur Ya Allah kerana membenarkanku bernafas sebagai Muslim..
Moga di penghujung ku juga adalah Muslim...  
Amiin... 

Thursday, August 9, 2012

Mengapa kita perlu BERTAUBAT??

0

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".

Mengapa perlu untuk bertaubat??

Sering kita dengar "life begin at 40, masa muda untuk enjoy.. Tapi sejauh mana kebenaran ayat yang diungkapkan, kita sendiri tidak tahu kerana ajal kematian itu adalah rahsia Allah, tak siapa yang tahu bila tarikh kematiannya. padahal sebab-sebab kematian itu sentiasa ada tanpa kita sedari.. Kadang-kadang kita melihat orang yang sihat, boleh bermain bola tapi, boleh mati secara tiba-tiba. Ada yang keluar pergi kerja elok je, tapi pulang ke rumah sebagai jenazah.. Itu semua rahsia Allah yang tidak kita ketahui. 


Seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud : "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". 

Setiap daripada kita akan merasakan mati. Cuma cepat atau lambat sahaja. Tetapi yang perlu kita lakukan adalah sentiasa melakukan dan mengerjakan amal kebaikan den mengelakkan diri dari melakukan dosa dan kejahatan. Hal ini kerana dosa menghalang kita dari melakukan ketaatan kepada Allah. Itulah sebab kenapa kita perlu sentiasa beristighfar dan menyegerakan bertaubat. 



Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud : “Seorang mukmin jika berbuat dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu titik berwarna hitam. Jika dia bertaubat meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah maka titik hitam itu pun bertambah sehingga menutup hatinya. Maka itulah penutup yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran”. 

Cuba bayangkan dosa yang kita lakukan hari - hari menjadi titik-titik hitam yang akhirnya menutupi keseluruhan hati kita untuk menerima kebaikkan. Sehinggakan hati dah terbiasa dengan dosa sampai hilang rasa bersalah apabila melakukan dosa. 

Drpd Ibnu Mas`ud r.a., Rasulullah saw menggambarkan yang bermaksud : “Sesungguhnya, orang mukmin memandang dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung. Dia (sentiasa) berasa takut bahawa gunung tersebut akan menghempapnya. Orang keji pula memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya dan berkata “dgn hanya begini(iaitu diteps dengan tangan sahaja) maka mudah sahaja lalat itu terbang”. HR al-Bukhari. 

Mari check semula kita digolongan yang mana? Orang yang mukmin ataupun mereka yang keji.. Ayu segerakan bertaubat kerana semakin kita tua, hati kita semakin keras dan susah menerima kebenaran. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. PengampunanNya lebih besar dari dosa yang kita lakukan.. 


Allah berfirman salam surah An-Nisa` ayat 110 yang bermaksud : "Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudia ia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" .









Monday, August 6, 2012

Saja-saja :)

0