Pages

Thursday, August 16, 2012

♥♥♥ Sahabat Dakwahku.. ~

1

Jalan yang panjangg...

Terkadang, kita akan rasa letih apabila melaluinya..

Niat di hati ingin terus berjuang di Jalan ini..

♥♥♥ walaupun terkadang rebah, terkadang resah.. ♥♥♥

maka..

aku memerlukan sahabat seperti Nabi Musa memerlukan Nabi Harun..

Seperti Rasulullah yang mempunyai sahabat seperti Saidina Abu Bakar..

Untuk aku terus bangkit dari rasa futurr.. 

Untuk sama-sama meniupkan semangat agar aku terus thabat..

Di Jalan Dakwah yang panjangg..

Sahabat Dakwahku yang ku sayangi hingga ke syurga..

Dirimu begitu istimewa.. 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ ~ Uhibbukunna fillah ♥♥♥♥♥♥♥♥♥


                           



Friday, August 10, 2012

Syukur atas nikmatMu..

0

Pernah ku terfikir...
Apa yang ada padaku sehingga Allah mengizinkan aku 
merasai nikmat Islam dan Iman...
Apa yang ada padaku sehingga Allah memilihku
untuk meneruskan risalah perjuangan nabi
dan menyebarkan syariatNya di bumi...
Bukan aku tidak mahu...
Tapi aku terlalu mahu...
Syukur Ya Allah kerana membenarkanku bernafas sebagai Muslim..
Moga di penghujung ku juga adalah Muslim...  
Amiin... 

Thursday, August 9, 2012

Mengapa kita perlu BERTAUBAT??

0

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".

Mengapa perlu untuk bertaubat??

Sering kita dengar "life begin at 40, masa muda untuk enjoy.. Tapi sejauh mana kebenaran ayat yang diungkapkan, kita sendiri tidak tahu kerana ajal kematian itu adalah rahsia Allah, tak siapa yang tahu bila tarikh kematiannya. padahal sebab-sebab kematian itu sentiasa ada tanpa kita sedari.. Kadang-kadang kita melihat orang yang sihat, boleh bermain bola tapi, boleh mati secara tiba-tiba. Ada yang keluar pergi kerja elok je, tapi pulang ke rumah sebagai jenazah.. Itu semua rahsia Allah yang tidak kita ketahui. 


Seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud : "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". 

Setiap daripada kita akan merasakan mati. Cuma cepat atau lambat sahaja. Tetapi yang perlu kita lakukan adalah sentiasa melakukan dan mengerjakan amal kebaikan den mengelakkan diri dari melakukan dosa dan kejahatan. Hal ini kerana dosa menghalang kita dari melakukan ketaatan kepada Allah. Itulah sebab kenapa kita perlu sentiasa beristighfar dan menyegerakan bertaubat. 



Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud : “Seorang mukmin jika berbuat dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu titik berwarna hitam. Jika dia bertaubat meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah maka titik hitam itu pun bertambah sehingga menutup hatinya. Maka itulah penutup yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran”. 

Cuba bayangkan dosa yang kita lakukan hari - hari menjadi titik-titik hitam yang akhirnya menutupi keseluruhan hati kita untuk menerima kebaikkan. Sehinggakan hati dah terbiasa dengan dosa sampai hilang rasa bersalah apabila melakukan dosa. 

Drpd Ibnu Mas`ud r.a., Rasulullah saw menggambarkan yang bermaksud : “Sesungguhnya, orang mukmin memandang dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung. Dia (sentiasa) berasa takut bahawa gunung tersebut akan menghempapnya. Orang keji pula memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya dan berkata “dgn hanya begini(iaitu diteps dengan tangan sahaja) maka mudah sahaja lalat itu terbang”. HR al-Bukhari. 

Mari check semula kita digolongan yang mana? Orang yang mukmin ataupun mereka yang keji.. Ayu segerakan bertaubat kerana semakin kita tua, hati kita semakin keras dan susah menerima kebenaran. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. PengampunanNya lebih besar dari dosa yang kita lakukan.. 


Allah berfirman salam surah An-Nisa` ayat 110 yang bermaksud : "Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudia ia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" .









Monday, August 6, 2012

Saja-saja :)

0

Friday, July 8, 2011

Kadang-kadang kita terlupa

1

Kadang-kadang kita terlupa,
masa kita lebih banyak bersama manusia berbanding bersama Allah..
Sedangkan Allah sentiasa bersama kita...

Kadang-kadang kita terlupa,
Sedang asyik ber'facebook' dan ber'chat' dengan orang sampai pagi,
kita lupa kita nak menghadap Allah sepertiga malam..
Boleh tak agak2nya nak bangun kalau kita tido lambat,
dan bila anggota kita tak diguna sebaiknya pada hari ini???
Boleh tak agaknya??

Kadang-kadang kita terlupa,
Nak baca Al-Quran..
Sedangkan majalah -majalah yang ada dah habis dibaca sampai berulang kali...
Agak-agak majalah tu bagi manfaat tak pada kita??

Kadang-kadang kita terlupa,
Bila kita seronok menghadiri parti dan majlis hiburan,
Tak ada pun masa kita yang diperuntukkan untuk menghadiri majlis ilmu..

Kadang-kadang kita terlupa,
Allah sentiasa mengawasi gerak geri kita,
Malaikat ada di kiri kanan kita..
Tapi kenapa kita masih buat sesuatu yang dilarangNya??

Kadang-kadang kita terlupa,
Yang kehidupan kita hanyalah pinjaman dariNya,
Layakkah kita untuk hidup di dunia ini dengan mendabik dada??
Sedangkan nikmat yang ada pada diri kita adalah kurniaanNya....

Kadang-kadang kita terlupa,
apabila kita menjadi tuan/ bos,
sibuk dengan kerja.. tak ada masa nak solat,
Kita lupa kita masih hamba Allah,
Kena melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..

Sedarkah kita yang dunia ini hanya persinggahan sementara???
Jadi apa yang kita hendak pada dunia????


Pilihlah jalan mana yang kita mahukan....
Moga kita temui kebahagiaan yang ABADI..
Bukan kesenangan yang sementara...

Saturday, May 28, 2011

UJIAN tanda Allah sayang kita....

1


Sudah lama kalam elya menyepi.. InsyaAllah akan mula beroperasi semula.. Mudah2han diberkati segala usaha yang dilakukan.. InsyaAllah.

InsyaAllah entri kali ini bertajuk Ujian.. Mari kita teliti ayat Al-Quran yg berkaitan dengan Ujian... Untuk apa sebenarnya Allah mendatangkan ujian kepada kita...

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui org2 yang dusta". (29:2-3)

"Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Mahapengampun " (69:2)

Jelas ayat diatas menunjukkan bahawa kita memang akan diuji untuk menentukan tahap keimanan kita. Sedangkan para nabi juga diuji dengan ujian yang sangat dahsyat, apatah lagi kita yang cuma manusia biasa. itulah tarbiyah secara tidak langsung yang kita dapat dari Allah.. Kalaulah terdetik dihati kita bahawa kita tidak sanggup untuk memikul ujian ini, ingatlah bahawa Allahlah yang menciptakan kita, pasti Dia lebih tahu tahap kesanggupan kita. Dan didatangkan ujianNya pada kita pasti sesuia dengan kesanggupan kita.

Betul ke?? Lihat Firman Allah yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286) Nah.. betulkan.. Allah lebih tahu siapa kita.... Malah Dialah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. "... Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (2:216)

Para sahabat, dalam Al-Quran jelas menerangkan bahawa kita akan diuji sesuai dengan kesanggupan kita sebagai hambaNya.. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya dengan mendatangkan ujian yang tidak sanggup dipikul oleh hambaNya... Ingatlah jika kita didatangi ujian jangan cepat mengalah bahawa kita sudah berputus asa dalam hidup.. berfikirlah bahawa pasti ada sebab mengapa Allah mendatangkan ujian yang sebegitu kepada kita..

Mungkin jika dibiarkan sahaja kita leka dengan hidup ini, pasti kita akan melupakan Allah.. Maka ujian Allah tandanya Allah masih sayangkan kita.. Dan ingatlah Allah pasti bersama dengan kita... " .... Jgn engkau bersedih, sesungguhnya Allah pasti bersama dengan kita...." (9:40)


Apabila diuji... Mintalah kekuatan dari Allah.. Agar kita tetap berada didalam keimanan.. Dan berdoalah dengan ujian yang diberikan kepada kita, mudah2han akan menambahkan keimanan kita kepadaNya.. Amin Ya Rabb..

Saturday, March 12, 2011

Sahabat yang aku.....

0



Sahabat yang aku impikan,
menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidupnya.
Sahabat yang aku harapkan,
menjadikan Allah sebagai sandaran hidupnya.
Sahabat yang aku cintai,
menjadikan Allah sebagai cinta utamanya.
Ya Allah,
Kurniakan aku cintaMu,
cinta orang-orang yang mencintaiMu,
serta amalan-amalan yang mendatangkan cintaku padaMu.
Cintailah Allah...
nescaya cinta yang lain akan mengiringi.....