Pages

Tuesday, September 21, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak

0

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Rujukan: Halaqah.Net

Wednesday, September 15, 2010

Siapa yang paling PANDAI?

0
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan " ( 29:57)

Berkata Ibn Umar : "pada satu hari aku menemui Rasulullah SAW bersama dengan 9 orang sahabat yang lainnya. Lalu salah seorang dari golongan Ansar bertanya "Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling pandai dan siapakah orang yang paling mulia?"

Baginda menjawab :" Mereka adalah orang yang paling banyak mengingat mati dan paling bersungguh-sungguh dalam mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Mereka inilah orang2 yang paling pandai. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat".

Dalam kehidupan seseorang kita tidak akan lepas daripada menghadapi kematian. Setiap yang bernyawa itu akan mati. Tidak ada seorang pun yang akan hidup hatta Rasul dan para malaikat juga akan mati. Malaikat Izrail juga akan mati dan nyawanya akan dicabut olehnya sendiri. Tiada yang kekal melainkan Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud " Di mana sahaja kamu berada, kematian akan datang menemuimu, walaupun kamu berada didalam benteng yang tinggi lagi kukuh". (4:78)

Seorang rasul juga tidak akan terlepas dari menghadapi kematian . Kita lihat bagaimana kematian merenggut nyawa kekasih Allah yang tercinta rahmat seluruh alam sehingga membawa baginda pergi selama-lamanya menghadap Illahi. Sebahagian sahabat pada waktu itu tidak mempercayainya bahkan ada yang berpendapat bahawa baginda tidak wafat.

Lalu Abu Bakar berdiri dihadapan mereka sambil berkata , "Wahai sekelian hamba Allah, sesiapa diantara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selama-lamanya." Lalu Abu Bakar membaca firman Allah yang bermaksud " Muhammadd itu tidak lain adalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apabila baginda wafat atau dibunuh apakah kamu akan kembali murtad?" (3:144)

Peristiwa di atas menggambarkan bahawa tiada seorang pun yang akan kekal bernyawa melainkan Allah SWT bahkan Nabi Nuh yang panjang umurnya juga dicabut nyawanya. Firman Allah SWT "sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula" (39:30)
Oleh itu ana menyeru kepada sahabat sekelian janganlah kita leka dengan nikmat dunia yang hanya sementara . Dan barangsiapa yang masih leka dengan kenikmatan dunia, ingatlah firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat yang ke 64 yang bermaksud "dan kehidupan ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya , sekiranya mereka mengetahui"...

Saturday, September 4, 2010

Madrasah Ramadhan

0

Ramadhan akan berakhir??? Sekejap sahaja masa yang berlalu, pantas tanpa disedari kita sudah berada dihujung ramadhan. Pilu rase hati ini, adakah kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang??

Bagaimana dengan Madrasah Ramadhan yang kita lalui hampir sebulan ini?? Hasilnye?? Adakah lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini?? Pelbagai persoalan yang harus disediakan untuk kita muhasabah kembali bagaimana hasil yang kita perolehi dari Madrasah Ramadhan selama sebulan ini.

Pernah dengar dengan istilah 'hamba Ramadhan'?? Adakah selama kita menghadapi Ramadhan kita menjadi hambanya atau kita adalah hamba kepada Allah?? Hamba Ramadhan adalah kita melalui Ramadhan dengan sebaik-baiknya dan menjalankan ibadah dengan bersungguh-sungguh tetapi istiqamahnya hanya di dalam Ramadhan dan apabila berakhirnya Ramadhan kita kembali kepada perangai yang asal. Contohnya di dalam bulan Ramadhan kita rajin membaca Al-Quran tetapi apabila habisnya fasa Ramadhan, kita tidak membaca Al-Quran dan begitulah dengan amalan-amalan kita yang lain. Mudah-mudahan kita menempuh Ramadhan dengan semangat dan iltizam agar istiqamahnya berterusan walaupun syawal menjelang.

Mari same-same check hati kita setelah melepasi Madrasah Ramadhan. Adakah lumayan ataupun masih ditahap yang same? Same2 muhasabah... Ramadhan akan berakhir tanpa bertanya hasilnya kepada kita... Kejarlah sisa-sisa Ramadhan selagi ada kesempatan... Dan akhirnya tempuhlah Syawal dengan sederhana ... كل عام وانتم بخير