Pages

Saturday, December 25, 2010

Sahabatku....

3

tatkala rindu datang menyapa,

hati mula menyusun bicara,

bicara tersusun meluah rasa,

buat sahabat yang jauh di mata dekat di hati.

sahabatku,

diri ini tak sehebat Abu Bakar

namun diri ini terus mengharap

ikatan persahabatan kita

sehebat persahabatan Abu Bakar dan Rasulullah

andai diri ini banyak kelamahan

maafkan lah..

aku akan terus berusaha,

menyulam ukhwah dan menyemai mahabbah,

dalam hubungan ini...

moga mawaddah yang bersemi

mambawa sakinah dalam perhubungan

dan pancaran nur tatkala zulumat melanda hubungan kita

sahabat,

moga iman sentiasa memandu kita

dalam mencari redhaNya..

ayuh..

hiasilah ukhwah ini dengan nasihat menasihati,

suburkan nya dengan baja-baja cinta kerana Allah,

dihiasi rindu dan cinta keranaNya..


Kalam Sakinah2

Friday, December 24, 2010

Kepulangan Mak dan Abah dari Tanah suci...

1
Alhamdulillah.. Tanggal 20 december 2010.. Mak dan Abah telah kembali pulang dari menunaikan Haji dengan selamat... Tiba di KLIA sekitar 7 pagi... dan keluar dari airport lebih kurang 8 lebih..

Mari.. lihat sambutan menyambut kepulangan mak dan abah setibanya di kawasan perumahan rumah kami... disambut dengan bacaan qasidah.. dan seterusnya bacaan doa oleh abah sendiri..

banner yang dipasang.. " selamat pulang ke Tanah Air bagi jemaah haji Al-Jenderami semoga mendapat haji yang mabrur"


disambut dengan iringan qasidah dan kompang oleh anak-anak aljenderami..


semasa perarakan..

Jemaah perempuan yang menyambut kepulangan mak

Jemaah lelaki yang menyambut kepulangan Abah...

Inilah juadah yang tersedia pada pagi Isnin hari tu.. Terima Kasih bagi yang membantu menyediakan juadah mak long, mak ngah, mak su dan sepupu-sepupu kesayanganku.. tak lupa juga kepada jiran-jiran yang sponsor makanan.. Moga Allah membalas jasa kalian..

Bergambar dengan mak.. tak tahu kenapa mak sedih.. terharu agaknya.. he3

Alhamdulillah.. semuanya selamat... Agak sibuk juga hari tu.. Jadi tak sempat ambil banyak gambar...

Saturday, December 18, 2010

Pelajar UIA bertemu Rasulullah

4
InsyaAllah kali ini ana ingin kongsikan satu kisah dimana seorang yang bersabar dengan ujian yang diberikan Allah kepadaNya dapat bertemu dengan Rasulullah dan Khulafa` Ar-Rasyidin. Kisah ini sudah lama, tapi ana ingin kita semua menghayati kisah ini untuk kita sama2 menyuburkan cinta kita kepada Rasulullah SAW.
____________________________________________________________________
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.

Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)

apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi Tuhan'. Ma'assalamah.

..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

Sumber
http://zalmarjan.blogspot.com/2010/02/kisah-pelajar-uia-mimpi-jumpa.html

Friday, December 17, 2010

Jom Bertudung...

5
Kali ni post santai ana...
nak kongsi gambar adik sedara ana yang comel lagi manis bertudung...
Ajar dari kecik,, nak keluar je pakai tudung.. hehe.. pandai...

Sebelum tu kita lihat Firman Allah :
" Wahai nabi katakanlah kpd isteri2 mu, anak2 perempuanmu, dan isteri2 orang mukmin, "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu agar mereka lebih kenal untuk dikenali , sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang " (33:59)

Hmmm, jelaskan firman Allah yang menyuruh kita menutup aurat. X kisah la walaupun masih kanak2.. Bak kata pepatah 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya'.. Ana setuju dengan pepatah melayu ni.. Sebabnya ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang secukupnya pada anak2 mereka.. Dan yang paling penting tanamkan iman dan sifat malu... Kalau iman dah dididik , InsyaAllah segalanya boleh dikawal..




Assalamualaikum semua... Nama saya Nurasyikin Binti Mohd Rashid

Kak long suka amik gamba muka saya dekat2.. Malula..

Syikin suka senyum nampak gigi.. Cantik tak???

Syikin nak gi jalan2.. Nak ikut??

Jom pakai tudung.. Boleh elak fitnah... Wanita tu kan fitnah bagi kaum lelaki...
InsyaAllah sama2 baiki diri...

Monday, December 13, 2010

Muharam

0
Dah hampir sepuluh hari kita memasuki bulan Muharam.. Iaitu bulan pertama dalam tahun hijrah. Kalender yg telah diasaskan oleh Saidina Umar...

Banyak peristiwa yang berlaku didalam bulan Muharam. Antara kisah yang terbesar berlaku semasa 10 muharam ialah tragedi pembunuhan Saidina Husin di tepi Sungai Furat, Karbala`. Pembunuhan ini berlaku kerana keengganan Saidina Husain membai`h Yazid bin Muawiyah. Kepala Saidina Husain telah dipancung.. Kemudian kepalanya telah dibawa kepada Ubaidillah bin Ziyad sbg persembahan. Mereka yang membunh Saidina Husin dan beberapa lagi tentera Al-Husain mendapat hadiah dari Ubaidillah bin Ziyad dan Yazid bin Muawiyah..

Kenapa Saidina Husain enggan membai`ah Yazid? Kerana Yazid mempunyai peribadi yang buruk dan menguruskan hal ehwal umat Islam menyimpang dari Islam. Untuk mengelakkan Islam dipimpin oleh Yazid, maka Saidina Husin melancarkan revolusi terhadap rejim taghut Yazid. Matlamat Saidina Husain ialah untuk mengekalkan kehormatan dan maruah Islam.

Disebabkan peristiwa inilah kita dapat lihat golongan Syiah yg bermandi darah menyambut 10 Muharam . Na`uzubillah.. Ngeri..



Umat Islam digalakkan untuk tidak keterlaluan menyambut 10 Muharram untuk membezakan daripada penganut Syiah. Tidak sedikit ulama' termasuk Imam Syafi'i menganjurkan agar perlu dibezakan bentuk sambutannya. Syiah menyambut 10 Muharram kononnya tarikh kematian Husain r.h yang dikatakan dibunuh oleh Yazid r.h, sedangkan pembunuh Husain adalah golongan Syiah sendiri seperti ditulis oleh banyak ahli sejarah termasuk Ibn Kathir.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa berikut :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan masa bukan Muharam ialah berpuasa..
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA Sabda Rasulullah SAW " Puasa yg paling afdhal sekali ialah (puasa) di bulan Allah, iaitu di bulan Muharam, dan sembahyang yang paling afdhal sekali selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat malam " (HR Muslim)

Dalam Sahim Muslim pula dilaporkan bahawa Rasulullah bersabda, "Puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa setahun yang lalu" ..

Ayuh marilah kita hayati sama2 kedatangan bulan Muharam....


Thursday, December 9, 2010

Terimalah mereka yg berhijrah..

0

Salam sayang semua.. disini ana ingin merungkai persepsi kita… mengenai apa? Ikuti kisah lembaran sirah yang ana bingkiskan disini. Ok, kita lihat siapa Saidina Umar sebelum memeluk Islam.. Beliau merupakan penentang Islam yang sangat hebat.. Sehinggakan Rasulullah berdoa supaya salah seorang dari penentang hebat Islam memeluk Islam..

“Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam” Hadtih riwayat At-Thabarani

Alhamdulillah, akhirnya Saidina Umar memeluk Islam. Islamnya Saidina Umar telah menggembirakan seluruh umat Islam dan penghuni langit. Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Apabila memeluk Islam, beliau merupakan sahabat yang sangat berani.. Sehinggakan beliau menyatakan keislamannya kepada orang ramai.. Dan akhirnya selepas wafatnya Saidina Abu Bakar, beliau dilantik sebagai Khalifah..

Lihat betapa hebatnya Saidina Umar selepas beliau beriman kepada Allah. Tidak tergambar oleh kita bagaimana seorang yg sebelum keislamannya amat memusuhi Islam, tetapi selepas keislamannya beliau telah memberi sumbangan yang banyak kepada Islam..


Kenapa ana ceritakan kisah Saidina Umar ini? Kerana ana mahu kita berfikir dan memikir,, siapapun kita sebelum ini, betapa jahilnya kita dahulu, ingatlah bahawa kita masih ada waktu untuk memperbaiki diri.. Kerana pengampunan Allah itu lebih besar dari dosa yang kita buat..

Nah, jelaskan? Sedangkan Allah itu Maha Pengampun, apatah lagi kita yang hanya manusia biasa.. Layakkah kita menilai manusia dgn hanya melihat apa yang mereka sampaikan? Tahukah kita. Setiap orang melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

Kalau Allah mengampunkan dosa kita (harap2 Allah menerima sgl amalan kita dan Dia x memalingkan mukaNya dari kita, Nauzubillah) malunya kita…Apalah nilainya kita dihadapan Allah.. Betapa kerdil dan hinanya kita dihadapan Allah.. (moga kita tergolong dalam golongan yg soleh) apatah lagi kita yang hanya menilai manusia dengan melihat siapa mereka dahulu..

Perjalanan hidup kita panjang.. Dan ditengah perjalanan kita, kita boleh berubah samaada dari kurang baik ke lebih baik ataupun sebaliknya.. (berdoalah supaya kita mati dlm keadaan Husnul Khatimah).

Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung waktu akhirnya” (HR Bukhari)

Jelas??? Kita tak tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.. Jadi kita juga tak layak untuk menghukum mereka yang belum diberi petunjuk oleh Allah. Kerana boleh jadi akhir kehidupan mereka, mereka mati sebagai orang yang beriman..

Jadi apa yg ingin ana jelaskan sebenarnya?? Huhu, ana mahu kita semua berlapang dada menerima mereka yang mahu berubah kearah kebaikan tanpa melihat siapa mereka yang dahulu.. Bukankah itu lebih baik dari kita menghukum mereka sedangkan kita sendiri pun tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana..

Dan apabila mereka berubah, terimalah apa yang mereka sampaikan. Mereka mungkin lebih memahami dari kita dan mereka bersedia menyahut Firman Allah di dalam surah Ali-Imran yg bermaksud :

“Kalian adalah umat yang terbaik yg dilahirkan untuk manusia, kalian menyeru kpd yang makruf dan mencegah yang mungkar , dan beriman kpd Allah…” (3:103)

Siapa yang tak nak buat baik dan menyebarkan kebaikan didunia ini kan.. Pernah tak kita selami mereka, mereka mengharapkan apabila perubahan berlaku dalam diri mereka, mereka mahukan perubahan itu milik bersama..Walaupun dicela oleh sekeliling kerana janji Allah lah segala-galanya..

“Wahai org2 yg beriman, barangsiapa diantara kamu yg murtad (keluar) dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah cintai mereka, dan mereka mencintaNya, yg bersikap lembut terhadap org yg mukmin, yg bersikap tegas terhadap org2 kafir, yg berjihad dijalan Allah, dan yg tidak takut celaan org2 yg mencela. Itulah karunia Allah , diberikan kepada siapa yg dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”. (5:54)


Akhirnya, terimalah hijrah mereka, jihad mereka kerana Allahlah yg paling layak menilai manusia… Jika Saidina Umar dapat diterima oleh Rasulullah, Hendun yg telah merobek hati Saidina Hamzah juga diterima oleh Rasulullah slps keislamannya apatah lagi kita menerima saudara seislam kita …

Tugas kita?? Jika kebaikan yg mereka sampaikan itu adalah lebih baik dari mereka yang menyebarkan kejahatan yg melata di atas muka bumi ini ambillah... InsyaAllah sama2 muhasabah diri balik..

Wednesday, December 8, 2010

Kenapa kita perlukan sahabat??

0
Sahabat... Ape yang antum tahu mengenai sahabat? Bagi ana sahabat adalah teman yg kita perlukan dalam hidup. Lebih-lebih lagi dalam dalam berdakwah. Sebab tu lah kita dianjurkan untuk berjamaah...

Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan jgnlah kamu bercerai berai.... " (3:103)

Pentingnya sahabat dalam kehidupan kita dalah untuk memberi kita semangat ketika kita lemah dalam perjalanan. Dialah sbg peniup semangat dan penghibur di waktu kita sedih.. Tapi awas, bukan senang kita nak cari sahabat yang baik.. Bukan susah juga kita nak bersahabat..


Semua orang memerlukan sahabat. Tak kiralah haiwan ke, apatah lagi manusia.. Sebab sifat manusia, lazimnya mereka akan lemah bila keseorangan. Lihat sahaja para-para nabi. Mereka juga dikurniakan sahabat oleh Allah sebagai teman di dalam perjalanan. Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman dan ramai lagi sahabat Rasulullah yang menemani baginda dalam menyampaikan dakwah.

Tidak kurang juga nabi Musa yang meminta kepada Allah supaya dikurniakan seorang teman ketika hendak menghadapi firaun dan kaumnya. Mari kita lihat maksud firman Allah di dalam surah Toha yang bermaksud :
"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia , dan jadikanlah dia teman dlm urusanku, " (20:29- 32).

Lihat, betapa pentingnya sahabat kepada kita sehingga nabi Musa meminta seorang teman kepada Allah untuk meneguhkan kekuatannya..
Islam itu kan indah. Semuanya Allah jadikan kita bersaudara. Firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah keduanya yg berselisih dan bertakwalah kpd Allah agar kamu mendapat rahmat " (49:10)

Lihat betapa indahnya persaudaraan dalam Islam dan Allah memandang berat dalam masalah ini.

Lihat pula wasiat Rasulullah SAW dalam sebuah hadis..
dibuka pintu syurga setiap isnin dan Khamis. Ktk itu diampun semua hamba yg tidak menyekutukan Allah dgn sesuatu. Kecuali seseorng yg antara dirinya dgn saudaranya ada perselisihan. Dikatakan kpd org tersebut : “Tunda dulu kedua org ini smpai mereka berdamai”” (HR Muslim)
Begitulah kenapa kita memerlukan sahabat. Dan betapa Islam memandang berat masalah ukhuwah ini.. Jadi, jika kita mempunyai sahabat hargailah mereka... kerana sahabat tiada nilainya...


Ya Allah.. tika Kau berikanku sahabat.. Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sbg teman seperjuanganku, peniup smngt jihadku, slng membantu memikul beban dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu teguhnya atas cinta kepadaMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hatinya dengan cintaMu...

Saturday, December 4, 2010

Selamat Tinggal 1431H....

0
Sedar x sedar 1431 H bakal melabuhkan tirainya pada esok hari... Adakah kita mengingatinya ataupun kita lebih teruja untuk melabuhkan tirai 2010 M... Mari sama-sama kita check diri kita... Dimanakah kita???

Tahukah kita bahawa bulan Muharam akan menjelma?? Atau kita menghitung hari kedatangan bulan Januari untuk countdown tahun baru??? Sama-sama tanya diri kita balik..

Adakah kita lebih mengagungkan bulan-bulan Islam ataupun bulan-bulan Masihi??? Sama-sama check diri kita balik.. Dimana kita sebagai umat Islam... Sudah cukupkah kita mempelajari dan mengamalkan Islam dalam diri kita??? Sama-sama muhasabah diri kita kembali...

1431 H bakal melabuhkan tirainya pada hari 29 Zulhijjah.. Sudahkah kita berfikir dan merenung kembali setahun kita dalam tahun ini, adakah kita sudah berbuat sebanyak-banyak amal sebagai bekal kita akhirat kelak?? Adakah kita mengingati peristiwa hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat dulu?? Adakah kita mengingati peristiwa yang berlaku pada sepuluh Muharam ??

Ayuh sahabat-sahabat sekelian.. Ayuh renung2kan dimanakah kita sekarang??? Semoga lembaran 1432H bakal memberi semangat dan keazaman kepada kita untuk menjalankan amanah sebagai makhluk Allah dimuka bumi ini..


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.


Doa Awal Tahun. Dibaca tiga kali selepas Solat Maghrib.

Friday, December 3, 2010

Sepetang di Besut

4

InsyaAllah kali ni ana akan menunjukkan gambar - gambar di pantai Besut. Jujurnya ana pun tak tahu nama tempat ni ape.... Sehari, mase lepas balik dari Pasaraya Pantai Timur, ana dan rakan2 yang lain terjumpa melihat pemandangan di tempat ni.. Jadi kami hanya meredah jalan dan akhirnya menemui tempat ni..

Subhanallah , sungguh agung penciptaannya yang telah menjadikan alam ini... Sungguh beruntunglah bagi mereka yang memikirkan tujuan penciptaan Allah.. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 43 yang bermaksud

"Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia ; dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu ". (29:43)



Subhanallah inilah pemandangannya.. Cantik bukan?
" Allah menciptakan langit dan bumi dengan haq. Sungguh yang demikian itu pasti terdapat tanda-tanda (kebesaran allah) bagi orang2 yang beriman ". (29:44)

Inilah gambar langit... MasyaAllah cantiknye.. Macam dalam lukisan... Hakikatnya lukisanlah yang meniru ciptaan Allah.. tapi, pemandangan yang sebenar lagi cantik dari lukisan ciptaan manusia.
" Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya.......". (31:10)
" Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan ". (55: 7)

Nampak tak perbezaan disebelah kanan dan sebelah kiri? Sebelah kiri airnya biru, sebelah kanan airnya keruh.. Tapi air ni bercantum... Perbezaan yang sungguh ketara sekali.. Ana tak dapat nak tangkap percantuman air ini... Hanya boleh dilihat dari jauh... sebabnya mase tu dah petang sangat dah nak maghrib...

Yang ni belah kanan

Yang ni belah kiri... Beza x??

Nampak x air yang bercatum kat hujung tu???
" Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudiannya) bertemu, Diantara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing " (55:19-20)

Renung-renung dan fikirkan sahabat-sahabat sekalian. Betapa Agung dan Maha Hebatnya Allah yang telah menjadikan segala yang ada dibumi ini.... Hatta kejadian kita pun adalah salah satu tanda kekuasaan Allah....

"Dia menciptakan manusia" (55:3)

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?? ". (55: 13)
Renung-renung dan fikirkan!!!

Solatlah Anak2 ku, Adik2 ku

5
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )

InsyaAllah ana akan menceritakan pengalaman mengajar anak-anak solat.. Hhuhu, bukan anak ana anak orang.. Ana cuma menjaga mereka untuk memenuhi masa cuti yang masih bersisa.. Dah tak sabar rasanya untuk memulakan pembelajaran semester baru..

InsyaAllah mereka ni dah besar pun seorang berusia 5 tahun dan seorang lagi berusia 4 tahun.. Dah pandai jaga diri sendiri.. Tudung pun dah pandai pakai sendiri bile nak keluar, cuma kena ingatkanla... Biasala budak-budak.. Jadi bila azan, ana suruh ambil wudhuk dan ... SOLATlah... Nak kata susah.. ana tak rasa susah pun.. mungkin sebab parents mereka dah ajar anak-anak solat sedikit.. ana cuma perhatikan dan betulkan apa yang salah... Hehe, yang silapnya ana, zohor 4 rakaat, tapi ana suruh solat 1 rakaat je.. InsyaAllah lepas ni ana akan pastikan mereka solat 4 rakaat.. Jom tengok gambar..


Takbiratul Ihram ( sahaja aku solat Fardhu Zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala)

Dah rakaat terakhir... 1 rakaat je..


Ini kakak pulak... masa baca Al-Fatihah.. Dah lancar dah..


kakak pun solat 1 rakaat je... Dah ready nak bagi salam ni... tgh baca Tahiyat Akhir...


ini pulak adik sedara ana.. Alhamdulillah dah pandai nak solat... Asyik tanya orang je dah solat belum... Walaupun baru umur 2 tahun... Pandai Syikin.. Moga rajin solat ye bila dah besar nanti..

Akhirnya, ingatlah bahawa solat itu adalah tiang agama.. Bagi mereka yang sudah mempunyai anak, didiklah anak-anak supaya solat sejak dari kecil lagi.. Seperti kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.. Tanamkan perasaan cinta dan suka solat dalam diri anak-anak..

Sabda baginda junjungan yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi." (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Dan moga-moga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Sekalung doa ku panjatkan kehadrat Illahi...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“ Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim ayat 40 )