Pages

Friday, February 12, 2010

Aku Bangga jadi muslim

0
Aku bangga jadi seorang muslim. Apalagi bergelar muslimah. Kenapa aku nyatakan begitu??? Kerana aku bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang masih lagi aku genggam s]hingga hari ini.

Aku juga bangga menjadi ummat Muhammad. Murabbi teragung. Yang tak dapat aku gambarkan derita dan sengsara yang terpaksa dilaluinya demi menyebarkan Islam suatu masa dahulu. Walaupun terpaksa menanggung derita yang amat sangat sehinggakan pernah dilempar dengan batu ketika menyebarkan risalahnya di Thaif . Sayangnya baginda terhadap ummat hingga hujung nyawanya baginda masih mengingati ummatnya.

Duhai Rasulullah, aku rindu padamu. Sangat rindu. Andai sahaja aku diberi peluang bersama denganmu, sudah pasti aku akan mengadukan sehalanya padamu.. Rindu ini tidak tertahan lagi .... Pernah terdetik dihati kecil ini. Andai saja aku hidup sezaman denganmu dahulu, sudah pasti aku dapat menemuimu. Namun hati kecilku berbisik apakah aku akan mengecapi nikmat Islam dan Iman seperti hari ini??? Kerana aku tak pasti apakah aku setegar Sumayyah dalam mempertahankan Islamnya? Atau setabah Bilal bin Rabah yang masih lagi mengakui keimanannya saat diseksa oleh tuannya...



No Response to "Aku Bangga jadi muslim"