Pages

Sunday, January 9, 2011

Perbaharui NIAT

0

Alhamdulillah selamat melangkah ke alam PISMP, bergelar mahasiswa.. Alhamdulillah lepas balik dari bercuti yg sgt lama di rumah,, ana kembali menghuni di asrama IPGM Kampus Sultan Mizan.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan yang Engkau berikan kepadaku. Aku dapat bertemu kembali dgn sahabat2 kesayanganku disini...

Tahun baru, azam pun baru.. kalau boleh semuanya nak baru... setengah mengatakan tutup buku lama buka buku baru.. Tapi bagi ana, setiap tahun baru yg datang, kita memperbaharui niat kita. Jadikan segala yg kita lakukan lebih baik dari tahun sebelum ni.. Janganlah kita berada di tahap yg sama kerana sesungguhnya kita termasuk dalam golongan yg rugi..

InsyaAllah sama2 kita 'tajdid'kan niat kita.. Kita mahu menjadi hamba Allah yg lebih baik dari sebelum ini.. Kita juga memperbaharui niat kita dalam beribadah kepadaNya.. Ikhlaskan segala2nya adalah krn Allah... Kata2 Fudhail bin `Iyadh mengenai Ikhlas "meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`,Beramal krn manusia adalah syirik, Ikhlas beramal adalah yg selamat dari keduanya" ..

Lihat betapa pentingnya keikhlasan dalam beramal.. Na`uzubillah jika sebelum ini niat kita terpesong.. Marilah kita2 sama2 muhasabah dan perbaharui niat kita... Mahu menjadi hamba yg lebih baik dari sebelum ni dalam mengabdikan diri kepada Allah dan moga digolongkan dalam golongan org2 yg soleh.. InsyaAllah..

No Response to "Perbaharui NIAT"