Pages

Wednesday, February 24, 2010

Ku seru namaMu.....

0
Salam rindu buat kekasihku yang satu....
ALLAH.......
Aku memohon kepadamu,
tetapkanlah iman ku,
teguhkan cintaku terhadapmu,
seteguh cinta para rasulMu.

Ya Allah,
Golongkan aku dalam golongan orang yang mencintaiMu,
yang sebtiasa mengingatiMu,
dan sentiasa mengakui bahawa
لااله الا الله محمد الرسول الله
Basahi kalamku dengan zikrullah
hiasi wajahku dengan wudhuk,
Penuhi dadaku dengan ilmu,
Fasihkan lidahku menyebut kalamMu,
senbah sujudku padaMu..... Allah.

Ya Allah,
Dlam mengharungi hidup ini,
Aku mohon............
Lindungi aku dari syaitan laknatullah,
agar aku kekal teguh dalam agamaMu,
Agar aku sentiasa menyulam benih-benih cintaku,
Hanya padaMu Ya Allah,
Ku seru namaMu kekasih....

Sunday, February 14, 2010

Couple Islamik boleh ke??????

0
Couple islamik??
Macam mane tu?
Ala,, kita orang x jumpe pun,
x pernah dating,
pegang tangan
pun x pernah.
Kita orang cuma miscall
tahajjud, ingatkan Dhuha, yang baik2 je.....
Saje..
sebagai perangsang semangat... Tak salah kan??

Saya ade satu perumpamaan. Andaikan seorg ustaz
membela seekor anjing. Anjing tersebut disamak,
diwudhukkan, dimandikan, mcm2 la supaya bersih...
Satu hari ustaz 2 sembelih anjing tersebut untuk dimakan... Kalau andalah yang dihidangkan dengan anjing tersebut, agak2 nak makan x????
Saya pasti jawapan yang diberikan sudah tentu tak nak bukan???

Kenapa x nak???? Anjing tersebut dah bersih. Selain disamak, anjing
tersebut juga disembelih. OK kan??? Tapi hakikatnya anjing tadi tetap
anjing. Dan haram tetap Haram. Walau mcm mane pun nak cantikkan
yang kotor tu, tetap org nmpk kotor..
Sekarang anda faham situasi yang hendak saya sampaikan??? Walau
mcm mana pun anda hiasi perhubungan anda, mempercantikkan ikatan
anda,,, tetap tidak boleh...
Kita analogikan anjing tadi sebagai couple, dan sembelih serta samak
tadi sebagai ingatan2 kita... Sama kan???

Bukankah couple 2 mendekati zina??? Allah melarang kita mendekati
zina, bukan berzina. Jadi sebagai permulaannya, kita mesti mengeelakkan
diri kita dari perbuatan yang menghampiri zina.. InsyaAllah..

`Jaga IMAN, Jaga HATI...'
`Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kpd orang
yang berbuat maksiat..'

RENUNGkan.....

Lawak Abu Nuwas

0

'Suatu petang Khalifah Harun Ar Rasyid berjalan-jalan mencari angin di luar istananya. Ia melewati pasar. Di sana, ia terjumpa dengan Abu Nuwas. Sang Khalifah sangat terkejut meliha tAbu Nuwas membawa sebuah botol yang kelihatannya berisi arak dalam ukuran yang besar. Untuk meyakinkan apa yang dilihatnya Sang Khalifah pun menghampiri Abu Nuwas.

'Sejak bila kamu jadi pemabuk Abu Nuwas?' soal Khalifah.

'Saya tidak pernah mabuk. Khalifah jangan menuduh yang bukan-bukan !' jawab Abu Nuwas .

'Lalu apa yang kamu bawa itu?'

'Botol.'

'Lalu apa isi botol itu?'

'Susu, Khalifah.'

'Mana ada susu warna merah? Sungguh aneh, bukankah di mana-mana susu warnanya putih?'

'Harap maklum Khalifah. Susu ini mulanya berwarna putih. Tapi karena malu pada Khalifah jadi berubah merah. Ia lebih pemalu dari gadis pingitan, Khalifah,' jawab Abu Nuwas.

Mendengar jawaban Abu Nuwas itu Sang Khalifah tertawa. Boleh pula susu memiliki sifat malu. Sungguh jawapan yang pelik , namun menyenangkan Sang Khalifah lalu melanjutkan perjalanannya setelah tahu bahawa Abu Nuwas bukan membawa arak, tapi sejenis sirap dari kurma."

Saturday, February 13, 2010

Sahabatku sayang.....

0


Salam sayang buat rakan seperjuanganku.... Demi Allah, aku menyayangi kalian keranaNya... Aku suka bi`ah islami yang wujud antara kita. Mungkin ini baru permulaan. InsyaAllah kita akan berusaha lagi kearah itu... Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan...

Alhamdulillah, awal pagi kita dihiasi tahajjud. Memang susahlah nak jumpa orang lain dalam tandas waktu pagi. Muka kita2 je..... InsyaAllah, kita teruskan budaya tahajjud ini ye... Moga setiap kalam yang keluar dari mulut kita semua adalah hikmah, InsyaAllah.....

Waktu rehat pulak, kita sibuk penuhkan surau, Dhuha .... Memang tidak dinafikan adakalanya perasaan malas terdetik di hati ni... Tapi bila tengok ramai yang bergerak ke surau, hati melonjak nak pergi sama.... Itulah peranan kawan sebenarnya,, tanpa kita sedar dia mengajak kita kearah kebaikan .

Sahabat, tiada kata yang dapat aku lontarkan, bila seorang demi seorang antara kita memulakan langkah penghijrahan baru dalam hidup. Sungguh, aku bangga dengan hijrah yang kalian lakukan. Jangan rasa goyah, kuatkanlah hati kita ,,, kalau rasa down, jumpalah kawan2 yang boleh meningkatkan iman kalian,,, InsyaAllah semuanya akan membantu..

Sahabat, Asy-Syahid Hassan al-Banna pernah berkata "Biar sahaja tingkah dan amal menceritakan siapa kita. Tidak sama org bercakap dengan orang beramal. Tidak sama orang beramal dengan orang berjihad. Tidak sama orang yang berjihad dengan orang berjihad secara serius. Teruskan perjuangan hingga syahid atau menang".

Bukankah perubahan yang kalian lakukan adalah jihad????? Jihad melawan hawa nafsu adalah jihad.... Kita berusaha mengelakkan diri kita dari melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah pada diri kita.. Kita berusaha berubah sedikit demi sedikit... InsyaAllah akan mempermudahkan jalan menuju kebaikan..
Sahabat, Mudah2han Allah memperteguhkan hati2 kita dalam ketaatan terhadapNya..... Eratkanlah hati2 kami dalam ikatan kasih sayangMu..... Simpulkanlah hati2 kami agar tetap teguh di atas jalanMu....... Ya Allah, rahmati sahabatku ... semoga redhaMu pada setiap geraknya, Cahayamu pada pandangannya, IkhlasMu atas ibadahnya, SenyumMu atas kerendahan hatinya, NaunganMu atas segala amal baiknya, PertolonganMu atas setiap masalahnya, Sehingga dia menjadi orang yang terpuji dan mulia.. AMIN.......








Bukit Keluang....

0
SUBHANALLAH indahnya ciptaan Allah....

Nampak mcm ikan paus je...

Pemandangan dari atas bukit Keluang... Cantikkan???



Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Lagu diadaptasi dari terjemahan surah Asy-Syams

Friday, February 12, 2010

PANTAI

0

post tak lawa sgt, tp nama yg tertulis tu.... UKHUWAH FILLAH


pemandangan di tepi pantai Bukit Keluang waktu pagi... SUBHANALLAH



WANITA

0




"Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".

Wahai wanita dunia, tahukah yang bidadari syurga cemburu kepadamu???? Kenapa ye agaknya??? Asalnya aku amat mencemburui bidadari syurga. Bila aku mengetahui bahawa bidadari syurga mencemburui wanita di dunia, aku rasa bangga.

Bangga??? Betul ke???? Ya benar, asalkan kita menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Solat 5 waktu, berpuasa, mentaati perintah suaminya.
Ayuh wanita dunia, apalagi.... berusahalah AGAR BIDADARI CEMBURU PADAMU.......


BUKANKAH WANITA ITU ADALAH FITNAH?????

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita itu adalah fitnah bagi kaum lelaki.. Tetapi jika lelaki itu menjaga pandanganny, pasti tidak akan terlihat olehnya akan wanita.
Didalam Al-Quran, Allah menurunkan perintah kepada kaum lelaki terlebih dahulu, barulah perintah kepada kaum wanita.

Ayat kepada kaum lelaki.....

" katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka,
sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat "
(24:30)

Ayat kepada kaum wanita.......

" dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan jaganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya) ,
kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera2 mereka, atau putera2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putera2 saudara lelaki mereka, atau putera2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki2 mereka (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung."
(24:31)

Ayat ini diturunkan di dalam surah yang sama iaitu Surah An-Nur. Wahai kaum lelaki dan wanita renung-renungkanlah. Kepada lelaki jagalah pandangan anda, buat para wanita pula, berusahalah supaya diri kita bukan penyebab datangnya fitnah kepada kaum lelaki........


Siapa Ilah kita???

0
Pernah satu ketika , aku terfikir gambar yang sesuai diletakkan kat desktop...... supaya nampak cantik, sedap dipandang... macam-macam la kriteria dia...

Kalau letak gambar keluarga pun best jugak. Terubat rindu. Bila buka laptop je nampak muka semua orang. Tapi, bila difikirkan semula, siapa yang lebih aku rindu??? Adakah cinta lain yang dapat mengatasi cintaNya???

Aku jadi takut memikirkannya. Ya, Allah adalah cinta utamaku dan Allah jualah tujuan hidupku.... Lalu aku bertekad bahawa gambar sebelah ni sesuai diletakkan sebagai cover dekstopku... Selain mengingatkan selalu kita kepada Allah, melihat gambar ni akan mengingatkan kita supaya tidak lupa berzikir kepada Allah.
لا تنس ذكر

lelaki beragama ke lelaki yang berkerjaya???

0



Teringat aku waktu Ustaz Ahmad. Bila ustaz cakap yang perempuan akan memilih pasangan dengan memandang kepada kerjaya. Betul ke???

Kalo pendapat aku sendiri, agama yang paling utama. Kerjaya soal nombor dua. Tak salahkan aku nyatakan pendapat aku kenapa aku pilih agama.

Kerana agama akan memandu hidup kita ke jalan menuju cinta Allah. Jika kita ingin memilih seorang imam dalam hidup kita, kitamestilah memilih yang mempunyai agama kerana dia bukan sahaja akan menjadi pemimpin kepada diri sendiri bahkan pemimpin kepada isteri dam anak-anaknya.

Antara dunia dan akhirat, kita pasti memilih akhirat. Kerana akhirat menjanjikan kehidupan yang abadi. Jadi agamalah yang akan menyuluhku melalui jalan menuju akhirat. Bukankah manusia itu selalu lupa , jadi aku perlukan seorang khalifah yang akan mengingati rakyatnya dalam soal agmanya, amalnya, dan ibadahnya.

Kalo dapat yang berkerjaya pula macam mana????

Itu adalah rezeki. Sama juga seperti saranan Rasulullah kepada lelaki dalam memilih pasangan hidup . Pilihlah kerana kecantikannya,kerana keturunannya,kerana hartanya, kerana keimanannya,dan pilihlah kerana keimanannya, nescaya kamu beruntung. Dan jika perempuan pula dapat bersuamikan lelaki yang beriman serta berkerjaya , itu adalah bonus tambahan bagi perempuan, nikmat Allah.

Aku Bangga jadi muslim

0
Aku bangga jadi seorang muslim. Apalagi bergelar muslimah. Kenapa aku nyatakan begitu??? Kerana aku bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang masih lagi aku genggam s]hingga hari ini.

Aku juga bangga menjadi ummat Muhammad. Murabbi teragung. Yang tak dapat aku gambarkan derita dan sengsara yang terpaksa dilaluinya demi menyebarkan Islam suatu masa dahulu. Walaupun terpaksa menanggung derita yang amat sangat sehinggakan pernah dilempar dengan batu ketika menyebarkan risalahnya di Thaif . Sayangnya baginda terhadap ummat hingga hujung nyawanya baginda masih mengingati ummatnya.

Duhai Rasulullah, aku rindu padamu. Sangat rindu. Andai sahaja aku diberi peluang bersama denganmu, sudah pasti aku akan mengadukan sehalanya padamu.. Rindu ini tidak tertahan lagi .... Pernah terdetik dihati kecil ini. Andai saja aku hidup sezaman denganmu dahulu, sudah pasti aku dapat menemuimu. Namun hati kecilku berbisik apakah aku akan mengecapi nikmat Islam dan Iman seperti hari ini??? Kerana aku tak pasti apakah aku setegar Sumayyah dalam mempertahankan Islamnya? Atau setabah Bilal bin Rabah yang masih lagi mengakui keimanannya saat diseksa oleh tuannya...