Teringat aku waktu Ustaz Ahmad. Bila ustaz cakap yang perempuan akan memilih pasangan dengan memandang kepada kerjaya. Betul ke???
Kalo pendapat aku sendiri, agama yang paling utama. Kerjaya soal nombor dua. Tak salahkan aku nyatakan pendapat aku kenapa aku pilih agama.
Kerana agama akan memandu hidup kita ke jalan menuju cinta Allah. Jika kita ingin memilih seorang imam dalam hidup kita, kitamestilah memilih yang mempunyai agama kerana dia bukan sahaja akan menjadi pemimpin kepada diri sendiri bahkan pemimpin kepada isteri dam anak-anaknya.
Antara dunia dan akhirat, kita pasti memilih akhirat. Kerana akhirat menjanjikan kehidupan yang abadi. Jadi agamalah yang akan menyuluhku melalui jalan menuju akhirat. Bukankah manusia itu selalu lupa , jadi aku perlukan seorang khalifah yang akan mengingati rakyatnya dalam soal agmanya, amalnya, dan ibadahnya.
Kalo dapat yang berkerjaya pula macam mana????
Itu adalah rezeki. Sama juga seperti saranan Rasulullah kepada lelaki dalam memilih pasangan hidup . Pilihlah kerana kecantikannya,kerana keturunannya,kerana hartanya, kerana keimanannya,dan pilihlah kerana keimanannya, nescaya kamu beruntung. Dan jika perempuan pula dapat bersuamikan lelaki yang beriman serta berkerjaya , itu adalah bonus tambahan bagi perempuan, nikmat Allah.
No Response to "lelaki beragama ke lelaki yang berkerjaya???"
Post a Comment