"Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".
Wahai wanita dunia, tahukah yang bidadari syurga cemburu kepadamu???? Kenapa ye agaknya??? Asalnya aku amat mencemburui bidadari syurga. Bila aku mengetahui bahawa bidadari syurga mencemburui wanita di dunia, aku rasa bangga.
Bangga??? Betul ke???? Ya benar, asalkan kita menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Solat 5 waktu, berpuasa, mentaati perintah suaminya.
Ayuh wanita dunia, apalagi.... berusahalah AGAR BIDADARI CEMBURU PADAMU.......
BUKANKAH WANITA ITU ADALAH FITNAH?????
Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita itu adalah fitnah bagi kaum lelaki.. Tetapi jika lelaki itu menjaga pandanganny, pasti tidak akan terlihat olehnya akan wanita.
Didalam Al-Quran, Allah menurunkan perintah kepada kaum lelaki terlebih dahulu, barulah perintah kepada kaum wanita.
Ayat kepada kaum lelaki.....
" katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka,
sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat "
(24:30)
Ayat kepada kaum wanita.......
" dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan jaganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya) ,
kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera2 mereka, atau putera2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putera2 saudara lelaki mereka, atau putera2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki2 mereka (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung."
(24:31)
Ayat ini diturunkan di dalam surah yang sama iaitu Surah An-Nur. Wahai kaum lelaki dan wanita renung-renungkanlah. Kepada lelaki jagalah pandangan anda, buat para wanita pula, berusahalah supaya diri kita bukan penyebab datangnya fitnah kepada kaum lelaki........
No Response to "WANITA"
Post a Comment