Aurat??? Menutup aurat ialah melindungi bentuk badan dari dilihat oleh lelaki yang bukan Muhrim. Bukan melindungi warna kulit, tetapi melindungi bentuk . Aurat bagi perempuan ialag seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Demikianlah yang Allah perintahkan agar para wanita muslimah terpelihara dari perkara - perkara yang tidak diingini. Suka untuk saya mengingatkan tentang firman Allah dalam surah Al- Ahzab ayat yang ke 59 yang bermaksud " Wahai Nabi ! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin ` hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka` Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun. Maha Penyayang".
Jelas dalam ayat diatas bahawa Allah telah memerintahkan kepada para muslimah perempuan untuk menutupi tubuh mereka supaya mereka tidak diganggu agar mereka merasa selamat. Persoalannya disini ramai yang tidak tahu kenapa sering kali berlakunya kes-kes rogol. Semua menunding jari kepada lelaki dan menyalahkan golongan Adam ini. Tapi sedarkah kita bahawa wanita adalah faktor utama berlakunya kejadian seperti ini. Kenapa tidak? Bayangkan jika semua wanita di dunia ini melindungi aurat mereka dengan sempurna pasti si lelaki merasa segan dan malu untuk mengganggu dan mengorak langkah untuk menghancurkan mereka para muslimah yang menjaga dan melibdungi diri mereka.
Ingatlah muslimahku sayang bahawa kita adalah fitnah dunia. Cubalah untuk mengelakkan kita dari menjadi fitnah kepada lelaki. Datangnya Islam suatu masa dahulu telah membela nasib wanita. Dan Rasulullah adalah pembela wanita yang paling hebat. Jika dahulu anak2 perempuan ditanam hidup2. Tapi datangnya Islam telah menghalang anak2 perempuan ditanam dan martabat wanita diangkat.
Bagaimana Allah mengangkat martabat wanita? Ajaran Islam telah memuliakan seorang ibu yang telah melahirkan anaknya. Dan anak disuruh untuk menghormati ibunya sehinnga ada sebuah hadis yang berbunyi:
اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الأُمَّهَاتِ، مَنْ شِئْنَ أَدْخَلْنَ وَ مَنْ شِئْنَ أَخْرَجْنَ
Surga itu di bawah telapak kaki ibu, siapa yang ia kehendaki maka akan dimasukkan dan siapa yang ia ingini maka akan dikeluarkan. (Silsilah al-Ahâdîts adh-Dha’îfah, no. 593).
عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ جَاهِمَةَ السَّلَمِيِّ أَنَّ جَاهِمَةَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ، وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيْرُكَ. فَقَالَ: هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا
Dari Mu’wiyah bin Jahimah as-Salami bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi saw lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Beliau berkata: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Ia menjawab: Ya, masih. Beliau bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, karena sesungguhnya surga itu di bawah kedua kakinya.”
Begitulah hebatnya wanita setelah kedatangan Islam. Oleh itu wahai muslimahku sayang janganlah kita merendahkan martabat kita kembali. Berusahalah menjaga maruah diri kita kerana sebaik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. Muslimahku sayang dirimu permata bernilai. Andai engkau tahu betapa bernilainya engkau pasti engkau akan menjaga dirimu sebaik-baiknya. Salam sayang dari penulis...... Hargailah diri mu kerana dirimu begitu berharga...
No Response to "Muslimahku sayang"
Post a Comment