Pages

Thursday, March 18, 2010

Tahniah JAKIM adik2ku..

0

Alhamdulillah. tahniah diucapkan kepada JAKIM kerana dapat menganjurkan satu program yang bermanfaat kepada golongan kanak-kanak. Nilai2 seperti inilah yang harus kita terapkan pada jiwa anak2 sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, `meluntur buluh biarlah dari rebungnya`.

Program seperti ini sepatutnya dilaksanakan lebih awal berbanding rancangan seperti idola kecil yang hanya mementingkan seni suara dan hiburan semata. Kenapa saya memberi statement ini? Sudah pasti kita perlu menyokong program yang dapat memberi manfaat kepada anak bangsa kita.

Jika kita perhatikan keadaan umat Islam zaman sekarang, masing-masing bersikap nafsi2 terhadap diri sendiri. Sedarlah keadaan umat kini berada ditahap yang kritikal dan kita perlu mengubahnya... Firman Allah dalam surah Ali Imran (3:110) "kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) makruf , dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah...."

Jelas ayat diatas menyatakan bahawa kita adalah ummat yang terbaik dan disuruh menyeru kepada kebaikkan dan melarang kemungkaran daripada berleluasa di muka bumi ini. Jadi apa peranan kita? Saya kira ini adalah satu cara untuk membentuk generasi baru yang celik agama dan pengetahuan. Firman Allah dalam surah Al-Maidah (5:35) yang bermaksud "wahai orang2 yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung". Pilihlah, jalan mane yang kita rase dapat mendekatkan kita kepada Allah... Laksanakanlah..

Cara berdakwah nak ajak manusia ke arah kebaikkan banyak. Tinggal kita nak pilih cara mane yang kita nak bawak. Contohnya nasyid, melalui pantun atau syair, lakonan pun lagi berkesan. Tapi biarlah lakonan yang dibawakan itu ade manfaatnya untuk mereka yang menonton.. Seterusnya cara adik-adik kita melalui pidato yang disampaikan dengan cara yang pelbagai. Menarik sekali dan sesuai untuk mengajak golongan kanak2 seperti mereka. Tak kisahlah walau satu ayat pun yang disampaikan asal bermanfaat adalah dikira. Seperti hadis Nabi s.a.w " sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat". Nah jelaskan???

Akhir kalam semoga program ini dapat diteruskan lagi untuk musim akan datang.... Kepada JAKIM dan para murabbi jaga adik2ku, jadikan impian jadi nyata..... Saya sajikan anda dengan video da`i kecil dari Indonesia... Selamat menonton...


No Response to "Tahniah JAKIM adik2ku.."