Pernahkah kita bertanya pada diri kita kenapa Allah menjadikan kita di dunia ini? Sebagai perosak bumi ke? Sebagai pelakon-pelakon atas pentas dunia ke? Atau sebagai khalifah di atas muka bumi ini? Setiap kita dijadikan Allah bukan main-main, tapi ada tujuan penciptaannya.
Firman Allah S.W.T
" Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main ( tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? "
(23:115)
Firman Allah dalam surah Az-Zariyat (51:56) yang bermaksud " Aku tidak menciptakan manusia agar mereka beribadah kepada Ku ".
Jelaskan dalam dua ayat yang dinyatakan diatas. Jika kita tadabbur ayat 115 dalam surah al-Mu`minun bahawa Allah menciptakan kita bukan untuk main-main dan kita akan dikembalikan semula yakni kita semua kan dihadapkan dipengadilan Allah yang Maha Esa di padang Mahsyar nanti.
Percaya tak kita dengan hari kiamat? Jadi bersedialah kita dalam mengumpul kebaikan di dunia ini. Firman Allah dalam surah Yassin (36:58) yang bermaksud " (kepada mereka dikatakan) Salam sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang". Inilah ganjaran yang kita akan perolehi jika banyak amal kebaikan kita. Jika sebaliknya, Allah berfirman dalam surah Al- Mu`minun ( 23: 108) yang bermaksud " Dia ( Allah ) berfirman ` Tinggallah dengan hina didalamnya dan janganlah kamu berbicara dengan Aku` " Na`uzubillah. Minta dijauhkan dari kita semua...
Renung2kan....
No Response to "Tujuan penciptaan kita...."
Post a Comment