Sumber Israel melaporkan bahawa dua kapal Israel akan belayar pada hari Sabtu esok (22/5) dari wilayah Israel utara untuk menggagalkan armada Free Gaza yang membawa 600 aktivis perdamaian dan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza yang disekat.
Akhbar Israel Yedioth Aharonoth melaporkan bahawa dua kapal Israel akan belayar mengibarkan sepanduk yang bertuliskan Hamas sebagai kelompok barbar dan kecaman atas keterlibatan Turki dalam armada kapal solidariti dengan menggarisbawahi perannya dalam genosid Armenia.
Akhbar Israel itu mengatakan bahawa Israel akan berlayar untuk melawan konvoi solidariti dan berusaha untuk menggagalkan misi mereka masuk ke Gaza.
Selain itu, Israel memutuskan untuk menyatakan daerah Asdod Port sebagai zon militer tertutup untuk mencegah armada Free Gaza melepaskan jangkar kapal mereka, lapor Maan News Agency.
Pada Sabtu esok, kapal Rachel Corrie akan berlayar menuju Cyprus dan akan bergabung dengan tiga kapal solidariti dari Turki dan lima dari Yunani dan semua akan berlayar menuju ke Gaza.
Armada kapal solidariti diharapkan mencapai pantai Gaza pada tanggal 27 Mei.
Kapal tersebut membawa sekitar 10.000 tan bahan bangunan, bantuan kemanusiaan, perlengkapan sekolah, dan peralatan medik.
Kapal-kapal Israel, akan menghalang armada Free Gaza, yang akan berlayar pada hari Sabtu dengan tujuan untuk menghambat dan menggagalkan para aktivis perdamaian masuk ke jalur Gaza.
Ratusan perahu kecil Israel juga berencana untuk berlayar Sabtu esok dalam upaya untuk "membingungkan, mencegat dan menghentikan" armada kapal Free Gaza dan aktivis perdamaian Internasional. Mereka akan berlayar dari pantai Gianyar.
Angkatan Laut Israel sendiri akan menyatakan wilayah pantai Gaza sebagai zona militer tertutup untuk mencegah para aktivis perdamaian mencapai pantai Gaza.(fq/imemc)
2 Response to Israel hantar 2 kapal untuk gagalkan Armada Free Gaza esok, (22/5)
Jazak Allahu Khairan ukhti...(elya----> ape mknenyer ustazah? )atas info tersebut. smmgnye dari 1917 melalui Deklarasi Balfour, (dgn bantuan Inggeris dan laluan yg dibuka oleh krjaan Turki ) Yahudi tlh berjanji utk kembali smula ke tanah suci Baitulmaqdis krn mereka percaya disitulah kerajaan dajjal mereka akan terbina semula stlh lama diusir dari tanahair sendiri akibat di laknat Allah s.w.t. Pada tahun 1948, satu negara 'lanun' yang dinamakan Israel tlh diistiharkan di atas tanah palestin. Kini hampir 98% tnh palestin dikuasai oleh yahudi Israel scara paksa.
Pada hujung disember 2009, AIPACs tlh menyuarakan sokongan mereka terhadp pembagungan kwsn perumahan haram Israel di tebing Gaza dan hal ini amat disokong kuat oleh presiden AS; Barrack Obama. Obama mnytakan: "AS xkan kompromi dgn mana2 pihak yg cuba halang Israel. Ancaman yg dituju pada Israel, bermakna ancaman kpd AS juga." Harus ingat, pertemuan Datuk Najib Razak dgn Obama tlh menimbulkan tanda tanya sama ada M'sia turut sama menyokong apa yg direncanakan AIPAC.
Gaza kini dikelilingi dgn tembok maut yg memutuskn secara total perhubungan penduduk dgn dunia luar. tdk bnyk bantuan yg selamat sampai ke Gaza walaupun bnyk sumbangan diberi dari seluruh dunia. ini krn Israel yg kontrol pintu msk Gaza. mereka mahu penduduk Gaza mati kering. Hanya usaha pejuang2 yg gali lubang utk jln perhubungan tlh sedikit sbnyk membawa masuk mknn, ubat2an secara gerila.
anti blh bca lanjut di link2 ini...
http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/01/03/israel-tidak-akan-berjaya/
http://inilahjalankami.blogspot.com/2010/03/rancangan-israel-hancurkan-al-aqsa-di.html
http://anti-zionisrael.blogspot.com/2009/01/sejarah-yahudi-dari-sana-ke-nusantara.html
smoga diberkati usaha anti utk celik ttg isu yg menimpa umat Islam di tebing barat, dlm mana ramai umat Islam yg masih tdo dan lalai berhibur, tak ambil pusing mslh umat..
Allahu Alam
Syukran diatas info yang cukup bermakna....
Post a Comment