Salam buat pembaca sekelian. untuk entri kali ini, ana masih ingin membicarakan tentang Hassan Al-Banna. Dan kali ini ana ingin memberitahu kepada pembaca sekelian bagaimana Hassan Al-Banna dalam mendidik anak2nya sehingga anak2nya sangat menghormatinya dan bukan takutkannya.
Hassan Al-Banna mempunyai 6 orang anak .Ketika Imam Hassan Al-Banna kembali ke Rahmatullah, anaknya yang pertama, Wafa berusia 17 tahun. Anaknya yang kedua, Saiful Islam ketika itu berusia 14 tahun dan dia adalah satu2nya anak lelaki Imam Hassan Al Banna. Yang ketiga bernama Tsana dan berusia 11 tahun ketika saat wafatnya ayahandanya. Keempat, Ir.Roja berusia 5 setengah tahun saat wafatnya Al-Banna. Kelima, Halah berusia dua tahun lebih dan akhir Istisyad dan ketika saat wafatnya Imam Hassan Al Banna, beliau masih merupakan janin di dalam perut ibunya.
Al Banna tidak pernah memarahi anak2nya, beliau menegur anak2nya dengan cara yang berhikmah. Contohnya ketika Hassan Al-Banna pulang dari kerja dan melihat seorang anaknya Saiful Islam sedang membaca buku cerita James, lalu Hassan Al-Banna membiarkannya dan keesokkannya si ayah datang dan membawa buku yang lebih bermanfaat untuk tatapan si anak menggantikan komik yang dibacanya seperti kisah Salahuddin Al-Ayubi dan lainnya.
Kita lihat pula bagaimana hukuman yang dikenakan oleh Hassan Al-Banna kepada anak2nya yang keluar tidak memakai sandal. Beliau berkata kepada anaknya "duduklah di atas kerusi, dan angkat dua kakimu" . Hassan Al-Banna pun memukul kaki anaknya dengan pembaris pendek sebanyak sepuluh kali dengan perlahan sampai anaknya tidak merasakan kesakitan langsung. Hassan Al-Banna hanya mahukan anaknya faham bahawa mereka telah melakukan kesalahan dalam hal ini. Di sini kita dapat lihat betapa hikmahnya perjalanan seorang daie yang rela berkourban segala-galanya demi kehidupan yang kekal abadi di sana... Marilah kita sama2 mencontohi peribadi Imam Hassan Al Banna.
No Response to "CINTA HASSAN AL BANNA"
Post a Comment