Kata2 seorang sufi iaitu Rabiatul Adawaiyah
" Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan. kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada satu pun yang dapat membuatkan kenikmatan dan kebahagiaan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri..."
Cinta.....
Firman Allah didalam surah Al-Baqarah, ayat 165 yamg bermaksud
" Dan diantara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan , yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang2 yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang2 yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah itu sangat berat azabnya (nescaya mereka menyesal) "
Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang2 yang beriman cintanya terhadap Allah sangat besar. dan meletakkan cinta kepada Allah sebagai tahap yang tertinggi dalam hidupnya. Jika kita lihat firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud " katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, saudara2 mu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai , lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya, serta berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sampai Allah berikan kesanNya." Dan Allah tidak memberi petujuk kepada orang 2 fasik." Dari ayat ini kita dapat lihat keutamaan cinta yang harus diletakkan dalam diri kita iaitu mencinta Allah, RasulNya, serta berjihad di Jalan Allah lebih utama dari segalanya.
Persoalannya disini adakah dengan mencintai Allah menghalang kita dari mencintai orang lain? Bagaimana dengan keluarga kita? rakan 2 disekeliling kita? tidakkah mereka juga perlu kita cintai???
Cuba kita lihat Rasulullah S.A.W, baginda sangat mencintai Allah SWT, tetapi baginda mencintai isteri2nya, anak2nya, sahabat2nya, serta ummatnya. Hidup baginda bahagia dan tenang. Tahukah kita dengan mencintai Allah, maka cinta yang lain akan menyusuli???? Rasulullah telah membuktikan kepada kita. Sungguh bagindalah suri tauladan yang baik (33:21)
Akhir kalam, marilah kita sama 2 meningkatkan kecintaan kita terhadap Allah kerana Dialah sebenarnya pemilik cinta kerana Dialah pencipta cinta. Jika kita bercinta dengan Pemilik Cinta, adakah mustahil bagi Pemilik Cinta untuk membuahkan cinta kepada orang lain ? Justeru ana menyeru kepada rakan pembaca sekelian dan ana sendiri untuk kita sama2 mencintai Allah lebih dari segalanya.... Akhirnya, marilah sama2 kita lihat firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud " Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"...
Mencintai yang dicinta oleh yang tercinta, sebahagian dari mencintai yang tercinta...
2 Response to Cinta Allah
Sakinah , jazakillah atas perkongsian yg bermakna :)
اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين.
Inni Uhibbuki Fillah
احبك فى الله ايضا
Post a Comment