Kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1 Jan daripada 1 Muharam
Kita sebenarnya....
Lbh tahu apa itu 14 Feb daripada 12 RabiulAwwal
Kita sebenarnya....
Lbh membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Walhal hari Jumaat itu digelar Sayyidul Ayyam iaitu penghulu segala hari
Kita sebenarnya....
lbh suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat
sedarlah bahawa solat itu adalah tiang agama
perumpamaan orang yang tidak mengerjakan solat iailah seperti anjing hitam
Kita sebenarnya....
lebih tahu nama artis2 kita daripada nama tokoh2 islam
siapa yang menakluk konstantinopel? Baitul Maqdis? Siapa yang memerangi golongan murtad??
Kta sebenarnya....
lebih suka menyebut hello/ hai daripada Salam
Padahal Salam itu adalah doa dan mendapat pahala jika kita menyebarkannya
Kita sebenarnya....
lbh suka menyanyi daripada berwirid / bertasbih
Ingatlah dengan mengigati Allah, hati akan menjadi tenang
Kita sebenarnya....
lebih suka memuji sesama manusia daripada pencipta kita sendiri
Na`uzubillah hanya Allahlah yang layak disembah dan Dialah Yang Maha Agung..
Kita sebenarnya....
lebih khusyuk mendengar lagu2 daripada Azan
Kita sebenarnya....
lebih suka membaca majalah daripada buku2 agama / Al-Quran
Al-Quran itu adalah Kalam Allah dan membacanya adalah ibadah
Kita sebenarnya....
lebih suka pergi konsert daripada ceramah agama
padahal malaikat menaungi dengan sayapnya pada majlis ilmu
Kita sebenarnya....
lebih suka memaki, mengumpat, dan mengata orang daripada mendoakan dan menasihati mereka
Kita sebenarnya....
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah
Kalimatutoyyibah.........
Kita sebenarnya....
lebih suka kemungkaran daripada kebaikkan
buat ikut nafsu.. hanya fikir keseronokkan duniawi..
Kita sebenarnya....
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Dua nikmat terbesar dalam diri kita sebagai muslim ialah nikmat Islam dan Iman
Peliharalah keduanya...
Kita sebenarnya....
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat,
tapi bila ditanya arah tujuan kita, kita menjawab......
Kita sebenarnya....
Lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..
Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah S.W.T?
sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal abadi..
Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalas melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu,,
Dan Barangsiapa mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan
sedang ia dalam keadaan beriman, maka ia akan masuk syurga mereka diberi rezeki didalamya tanpa hisab...... (40:40)
" Orang yang jahat melihat dosa2nya seperti lalat yang hinggap dihidungnya,
dengan santai dapat diusirnya, dengan hanya mengibaskan tangan,
Adapun orang2 mukmin melihat dosa2nya bagaikan duduk dibawah kaki gunung,
yang siap menimpanya.............. ( H. R BUKHARI) "
3 Response to KITA SEBENARNYA......
ana setuju ukhti...smoga sama2 kita muhasabah diri dan melakukan perubahan. Smoga kita sentiasa ingin untuk mendekatkan diri kpdNya kerana Allah mengasihi org yg mengoreksi keinginannya; jika itu utk Allah maka dia akn lkukannya dan jika utk slain Allah maka dia menundanya. Smoga diampunkan dosa kita.
InsyaAllah, mga dosa kita diampunkan..
best artikel ni,menginsafkan..ana sebarkan ya
Post a Comment