Pages

Thursday, April 15, 2010

Apabila agama diperkotak katikkan…..

4

Islamkah kita??? Suatu persoalan yang ramai orang boleh mengatakan `Ya, kami Islam. Teringat aku watak Fendi dalam Kiamat Sudah Dekat yang ingin meminang anak Imam. Dimanadia mengaku keislamannya dengan melihat kepada kad pengenalan. Inilah realiti umat kini. Mereka tidak tahu apakah Islam itu sendiri.

Beragama Islam bukan hanya mengaku bahawa kita adalah Islam. Tetapi bagaimana kita mengamalkan Islam dalam kehidupan dan hidup berpandukan agama dengan mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.

Kita tengok realiti sekarang dimana agama Islam itu dijatuhkan dan diperkotak katikkan oleh orang Islam itu sendiri. Dimana hati mereka yang mengaku Islam. Syadah yang mereka lafazkan.. Adakah Islam itu hanya menunaikan solat lima waktu sahaja. Firman Allah di dalam surah Al-Hadid ayat yang ke 16 yang bermaksud ` Belum tibakah waktunya bagi orang2 yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang2 yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak diantara mereka menjadi org fasik.

Allah sendiri telah berfirman bahawa masuklah Islam itu secara keseluruhan bukan separuh2, dimana hanya mengambil hukum yang kita suka, manakala hukum yang berat untuk kita bawa, kita tinggalkan. Contohnya dalam konteks menutup aurat. Menutup aurat itu bukan hanya menutup warna kulit bahkan mentutup bentuk badan dari dilihat oleh yang halal nikah. Ramai yang sembahyang tapi tak tutup aurat dan ada juga sebaliknya. Di sini saya ingin tanya bagi mereka yang sembahyang tapi tidak menutup aurat adakah masa kita sembahyang sahaja kita beriman, dan lepas sembahyang kita tidak beriman, seperti kata Ustaz saya sekejap ada Tuhan sekejap tak ada… Macam main2 pulak..

Saya nyatakan diatas tadi bahawa Islam itu dijatuhkan oleh umat Islam itu sendiri. Saya bawakan contoh dalam konteks memakai jubah dan serban. Ada yang kata kita mengikut budaya India, panaslah bila pakai. Tapi tahukah kita bahawa memakai jubah dan serban itu adalah sunnah Nabi kita. Rasul yang bersusah payah memperjuangkan Islam yang kita ade sekarang. Rasul yang sangat hebat rintangan yang dihadapinya.. sehinggakan baginda dibaling waktu ketika penghijrahan baginda ke Thaif. Besar sungguh pengorbanan baginda. Adakah perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam akan terhenti sehingga generasi kita sahaja??? MasyaAllah..

Saya bawakan contoh lain. Dalam bersukan, Islam menggalakkan umatnya untuk bersukan menyihatkan badan. Tapi, ade caranya dan ade kaedahnya, dimana pemakaian kita hendaklah menurut perspektif Islam. Suka saya tegaskan disini bahawa kita banyak terpengaruh dalam ghuzwatul fikri iaitu perang pemikiran yang disebarkan oleh Yahudi. Bukankah aturan Islam itu memang sangat cantik dan memenuhi keperluan umatnya. Selama ini, saya bersukan tidak pernah mengalami kecederaan walaupun bersukan dengan memakai baju T-Shirt labuh dan tudung labuh. Memang mudah dan menutup aurat, Alhamdulillah. Kalau ade yang katakan darurat maka dibolehkan memakai pakaian yang menutup aurat dengan tidak sempurna. Adakah boleh menyebabkan kematian. Kerana konteks darurat disini ialah apabila perkara tersebut boleh mengakibatkan kematian contohnya ketika dalam hutan, memang dah taka de bende yang kita boleh makan seperti daging haiwan yang halal makan, dan pokok2 dan kalau tidak makan boleh mengakibatkan kematian, maka kita dibolehkan memakan daging yang haram dimakan… Jelas???

Akhirnya, saya menyeru kepada umat Islam sekelian bahawa peliharalah agama kita. Dan janganlah kita sendiri menjadi orang yang menjatuhkan Islam sendiri. Na`uzubillah…

4 Response to Apabila agama diperkotak katikkan…..

April 15, 2010 at 8:55 PM

sokong!

April 15, 2010 at 8:59 PM

selama ni..
kita dgr je..

"barangsiapa yang membawa ISLAM bersamanya..seolah dia sedang berjalan di atas bara api yang panas.."

dan sekarang..
kita sedang merasainya..

ni pun..br hanya secebis..
be strong~

Allah is always there for us..

uhibbuki fillah~

April 17, 2010 at 12:41 AM

InnaAllah ma`na

April 17, 2010 at 7:29 AM

tabahkan hati..inila pejuangan kite.baru shj nk bemule.Islam is the way of life!