Pages

Tuesday, April 13, 2010

Kelebihan WANITA

0

Abdullah bin Mas`ud meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda, apabila seorang wanita itu mencuci pakaian suaminya, Allah mencatat baginya 1,000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan semua yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat baginya.
Maulana Sayid Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh seorang wanita. Katanya seorang wanita yang solehah lebih baik daropada wali Allah. Diantara kelebihan wanita ialah :
1) Wanita yang menguli tepung dgn lafaz Bismillah Allah akan memberkati rezekinya.
2) Wanita yang menyapu lantai dgn berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
3) Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4) Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah, ditingkatkan Allah akan nur di wajahnya 13 kali daripada wajah asal.

Sedarlah semua wahai muslimah sekalian bahawa Islam sangat memuliakan wanita. Dan banyak ganjaran yang akan diperolehi dari Allah atas segala perbuatan yang kita lakukan. Bayangkan betapa sayangnya Allah pada wanita sehinggakanNya mengurniakan namaNya yang mulia diletakkan di dalam diri setiap orang wanita iaitu `Rahim'.

Ada juga wanita yang dimurkai Allah. Ramai juga wanita yang tidak tahu menghargai diri sendiri. Alpa dengan kenikmata hidup yang hanya sementara. Melanggar segala suruhanNya seperti suruhan menutup aurat. Seperti didalam surah Al-Ahzab (33:59) yang bermaksud `Wahai Nabi perintahkanlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu, dan isteri2 orang mukmin hendaklah mereka menutupkan jilbabnyake seluruh tubuh mereka......'. Jelas bahawa Allah telah memerintahkan kepada semua wanita untuk menutup aurat demi menjaga kehormatan diri mereka.

Lihatlah fenomena sekarang dimana wanita yang menutup aurat dianggap pelik dan asing. Mereka telah menidakkan hukum Allah dalam penutupan aurat. Ganjaran bagi wanita yang tidak menutup aurat kelak diakhirat, wanita itu akan digantung dengan rambutnya, dan otak kepalanya mendidih.'

Jika kita imbas perjalanan Israk Mikraj Rasulullah S.A.W , baginda telah melihat pelbagai seksaan yang berlaku kepada wanita di neraka. Jadi sama-samalah kita mujahadahkan diri kita dan berhijrah untuk menjadi wanita yang solehah dan taat kepada Allah dan RasulNya.


No Response to "Kelebihan WANITA"