Salam untuk semua pembaca sekalian. Mungkin tajuk ini sudah berkali-kali saya kupas namun, kini saya masih ingin mengupas masalah ini lagi kerana menutup aurat itu adalah fardhu ain bagi semua orang Islam, bukannya farhu kifayah. Fardhu ain adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh seorang mukallaf , jika tidak dilaksanakan maka ia berdosa.
KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab: 59 yang bermaksud "henaklah mereka menghulurkan tudung keseluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali orang , kerana itu mereka tidak diganggu"
BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERHATIKAN?
Sabda Rasulullah S.A.W : "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan kedua tapak tangannya hingga pergelangan." (H.R: Abu Daud)
Ada 2 pendapat mengenai batasan aurat bagi wanita.
1) Semua anggota merupakan aurat termasuk muka dan tapak tangan.
2) Semua anggota adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Untuk memudahkan urusan muamalah dan sebagainya.
Mengikut pendapat Imam Shafie , kaki adalah aurat maka ia wajib ditutup.
MUKA DAN TANGAN
Asma` binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dgn memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah : "Wahai Asma` Sesungguhnya seorang gais yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja".
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
MUKA DAN LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
Contohnya seperti bersolek dan menurut miqtil : sengaja membiarkan ikatan tudung seperti jahiliyah.
DADA
"hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung menutup dada2 mereka"
WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati satu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap2 mata itu adalah zina" (riwayat Nasa`i , Ibn Khuzaimah dan Hibban)
KAKI (TUMIT KAKI)
"dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
(An-Nur : 31)
KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DILIHATKAN??
" dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jaganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya) ,
kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera2 mereka, atau putera2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putera2 saudara lelaki mereka, atau putera2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki2 mereka (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung."
(24:31)
Oleh itu, wahai rakan muslimah sekalian marilah sama2 kita menunaikan kewajipan kita sebagai muslim dan tutuplah aurat dengan sempurna....
No Response to "CARA2 MENUTUP AURAT YANG DITUNTUT OLEH ISLAM"
Post a Comment