Firman Allah :
Maksudnya : Wahai orang- orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (61:9)
Ayat ini disambung didalam surah yang sama. Ayat yang kesepuluh. Maksudnya : (iaitu) beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu . itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Jelas dua ayat yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa berlakunya proses perdagangan antara kita dengan Allah. Manusia sebagai peniaga dan Allah sebagai pembeli. Apa yang kita dagangkan adalah harta jiwa kita di Jalan Allah.
Didalam surah yang ke 9 ayat 111...
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... dan bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itu adalah kemenangan yang agung.
Ayat diatas menerangkan bahawa Allah sebagai pembeli, telah membeli diri dan harta orang yang beriman dengan memberikan ganjaran syurga untuk mereka. Inilah ganjaran yang kita akan peroleh jika perdagangan yang kita dagangkan kepada Allah berjaya. Bagaimana jika sebaliknya???
Adakah selama ini proses jual beli kita berlaku??? sama-samalah kita perdagangkan harta dan jiwa kita di jalan Allah, kerana ganjaran yang kita akan perolehi daripada perdagangan itu adalah syurga dan redha Allah...
No Response to "Perdagangan kita dengan Allah"
Post a Comment