Pages

Sunday, June 20, 2010

ADUHAI CINTA

0

Alhamdulillah, pada 19 Jun 2010 ana diizinkan menghadirkan diri di Masjid Al-Azim, Pandan Indah untuk mengikuti forum yang bertajuk `Aduhai Cinta... milik siapakah ia???Pada mualanya ana berasa hampa apabila panelis asal forum ni, Fatimah Syarha tidak dapat menghadirkan diri.. memang ana nak jumpa dengan penulis kegemaran ana ni.. Tetapi kehampaan ana terubat apabila ketiadaan Pn. Fatimah syarha ini digantikan dengan DR. Rosni Adam.. Pengisian yg disampaikan oleh DR juga tidak kurang hebatnya...

Banyak pengisian yang ana peroleh.. Maklum saja tengok tajuk pun CINTA.. Memang menarik dan ana rase program seperti ini wajarlah diadakan terutamanya bagi golongan remaja... I`Allah ana akan cuba ,mengulas sedikit apa yang ana perolehi dari forum ini... Same2lah kita amalkan ....
CINTA... mengikut Ustaz Hasrizal, seperti tenaga.. Tenaga maknanye mempunyai kekuatan.. Semua org perlukan cinta, cinta kepada Allah, Rasul, Ibubapa, diri sendiri, dan sesama manusia.. itu adalah fitrah.. dan bagi remaja zaman sekarang... cinta antara lelaki dan perempuan itu biase... bagi istilah sekarang `couple'... Ade yg kate fenomena biase. Siape yang tak ade pasangan dikira tak normal.. Sampaikan ade yang terpaksa menipu mengenai hal ini dengan mengatakan bahawa mereka baru putus cinta.. Kenapa perkara ini terjadi???

Pertamanya.. ialah anak2 kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga.. Ibubapa sekarang yang sibuk mencari wang.. keluar pagi, balik malam.. anak2 dibiarkan tanpa kasih sayang.. dan jarang sekali untuk diberikan perhatian.. anak2 rase kesunyian... Jadi untuk mengisi kesunyian itu, maka mereka akan mencari pasangan...

Kedua, dipetik dari kata2 Hassan Al-Basri, `Jika kita tidak disibukkan dgn urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dgn urusan kebatilan...' Maka untuk mengelakkkan masalah ini.. kita perlulah hidup dalam jemaah.. kenapa??? jika kita hidup berjemaah kita ade sahabat2 yang akan mengingatkan kite tentang kebaikkan dan keburukkan.. Itulah perlunye jemaah.. dan sahabat2 disekeliling kite...


Banyak lagi pengisian yang menarik... Ana suke dgn kesimpulan yg diberikan oleh DR. Dari kata2 Imam An-Nawawi.. ` Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu ' Jadi cintailah seseorang kerana Allah, Bencilah kerana Allah, dan kasihlah kerana Allah...

Dari Ustaz Hasrizal pula.. Meringkaskan cinta dari 3 peringkat :
1) Sakinah- Merasa tenang dengan cinta
2) Mawaddah- Kasih sayang
3) Rahmah
Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada realiti sebuah kehidupan, pasca `Aku terima nikahnya'..

Ana tak dapat ceritakan secara detail... Sedikit sahaja perkongsiannya dari ana.. I`Allah, manfaatnye kita ambil...

No Response to "ADUHAI CINTA"