Pages

Thursday, June 10, 2010

Takziah buat Ustaz sekeluarga..

2

Budak maut tertidur dalam van


Jenazah Aliyah Humaira Zainul Abidin dibawa keluar dari Surau Bangi Perdana untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia hari ini, selepas lima hari koma akibat terperangkap kira-kira tiga jam dalam van tadika yang dinaikinya di Bangi dekat sini.

Kanak-kanak itu, Aliyah Humaira Zainul Abidin dipercayai tertidur dalam van ketika dihantar ke tadika yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Bangi Perdana pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi sewaktu kanak-kanak itu, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dihantar menaiki van yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tertidur dalam kenderaan tersebut di tempat duduk belakang van, tanpa disedari pemandunya.

"Dia hanya disedari masih berada dalam van itu oleh rakan-rakannya yang ingin menaiki kenderaan tersebut untuk pulang dari tadika kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Sejurus selepas itu, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan. Keadaannya koma menyebabkan dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Shakaruddin, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kegagalan ginjal.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di rumah kanak-kanak itu mendapati suasana pilu menyelubungi rumah keluarga itu di Bangi Perdana sebelum majlis pengebumian.

Bagaimanapun, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak itu enggan ditemui kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Jenazah allahyarham Aliyah Humaira selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang selepas disembahyangkan di Surau Bangi Perdana selepas solat Asar.


* takziah buat Ustaz sekeluarga ana doakan moga tabah mengahadapi segala ujian yang datangnya dari Allah.... Saat terpandang wajah ustaz di surat khabar, ana terkejut lantas menyelak dengan pantas apabila membaca tajuknye.. Innalillahiwainnailaihirajiun....

2 Response to Takziah buat Ustaz sekeluarga..

June 11, 2010 at 8:03 AM

Innalillahi wainnna ilaihi rajiuun. huhu T_T

July 22, 2011 at 3:32 AM

saya yg gi cover kat sana...sedih sangat2..tapi da ajal kan..kita xdapat jangka pun..pe pun...family ustaz ni bagus sangat...ta der pun nak saman2 org yang lalai tu..redha ngan ketentuan Allah..pengajaran yg plu kita blaja dr situasi ni :)