Pages

Wednesday, June 9, 2010

Islamlah pembela kaum wanita

0



Belanda mengirimkan perwakilan mereka yang keturunan Somalia, Ayaan Hirsi Ali untuk mengkritik Islam. Dalam sebuah pernyataannya Hirsi Ali mendakwa agama Islam didasarkan pada gaya hidup kekerasan serta tidak toleran, dan dirinya menghasut serta menyerukan negara-negara Barat agar lebih memperketat persyaratan untuk memberikan bantuan kepada negara-negara Muslim.

Hirsi Ali, menurut akhbar Jyllands Posten Denmark mengatakan: "Islam adalah cara hidup yang ditandai oleh kekerasan, kebodohan dan gaya hidup bermusuhan dengan kaum perempuan dan kelompok gay, non-toleran dan diskriminatif," dia juga menyerukan Eropah dan Amerika Syarikat untuk memaksakan agar keadaan tersebut hilang di negara-negara muslim.

Dia menambahkan: "Kita mesti memberitahu mereka (negara-negara Muslim) bahawa kita akan membantu mereka dengan syarat mesti mengubah sikap mereka terhadap kaum wanita kerana kami meyakini bahawa pembebasan terhadap wanita dapat memberikan kontribusi pada kemajuan negara mereka," menurut dakwaan tersebut.

Hirsi Ali saat ini berada di Copenhagen atas undangan panitia bedah buku dan pada kesempatan promosi buku barunya yang berjudul "Nomad" (nomaden), yang juga diterjemahkan kedalam bahasa Denmark.

* Ana x tahu apa yang cuba diminta oleh Hirsi Ali ini mengenai tanggapan orang Islam terhadap Wanita kerana Islamlah yang telah menaikkan matrabat wanita ketika martabat wanita diinjak-injak sehingga boleh dibunuh hidup2 pada zaman jahiliah.

Kita lihat sahaja org2 Yunani menyamakan perempuan dengan barang dagangan yang boleh di jual beli di Pasar. Ade juga yang menganggapnya najis dan kotoran dari perbuatan syaitan. Sebab itulah, hak perempuan boleh dirampas, tidak perlu diberikan bahagian pusaka.

Sungguh berbeza dengan Islam. Jika kita lihat zaman jahiliah sahaja dah cukup untuk membuktikan bahawa Islam itu pembela bagi golongan wanita. sehingga Allah mengutuk perbuatan mereka di dalam surah An-Nahl : 58-59.

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.
Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu." (16:58-59)

Jelaskan sikap2 mereka di zaman Jahiliyah dahulu... Lalu Allah, melalui RasulNya, Muhammad membela perempuan dan menaikkan martabat mereka ke tempat yang sepatutnya. Lihat Hadis Rasulullah SAW " Barangsiapa mempunyai anak perempuan dan tidak dikuburkannya hidup2, tidak memalukannya, dan tidak melebihkan anak laki2 keatasnya, Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga" ( Hadis Riwayat Ahmad).

Bukan sahaja dalam kehidupan bahkan dalam hukum2 Nya juga Allah melindungi hak2 wanita. Lihat Firman Allah dalam surah 2:228
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah juga melebihkan wanita dalam hukum2Nya, malah Allah juga mengurniakan satu namaNya iaitu Rahim dan diletakkan di dalam tubuh wanita...

*renung2kan dan fikir2 kan......*

No Response to "Islamlah pembela kaum wanita"