Pages

Friday, June 4, 2010

Indahnya Ukhuwah ini

2
Ya Allah, ku mohon padaMu, kekalkanlah ukhuwah yang dibina atas dasar cinta keranaMu kekalkan hingga ke syurga.. Sungguh aku amat mencintainya, tabahkanlah hatinya dan hati2 kami untuk menghadapi setiap dugaan dan ujian yang datangnya dariMu.. Ikatlah hati2 kami agar sentiasa thabat di atas jalanMu.. Sungguh, aku mencintainya keranaMu Ya Allah..

Terima kasih diatas pertemuan ini... Walaupun hanya sekejap cuma masa yang Engkau pinjamkan kepada kami, namun ukhuwah yang dibina dalam masa yang singkat ini sangat bermakna seolah - olah sudah lama kami berkenalan... Namun aturan Engkau sangat indah pasti terselit hikmah disebalik pertemuan dan perpisahan ini....

Buat sahabat2 tersayang,,, ana mencintai kalian kerana Allah. Moga ukhuwah kita akan kekal dan dijauhi dari virus2 ukhuwah yang amat ana takutkan... Berdoalah dan persiapkanlah diri kita supaya bersedia menghadapi liku2 jalan dakwah yang bakal kita tempuhi bersama.

Buat rumate tersayang, walaupun tiada kata2 cinta dilafazkan, ingatlah ana mencintai dan menyayangi nti I`Allah seperti ana mencintai diri sendiri.. Doakan moga ukhuwah ini bukan setengah jalan sahaja.. doakan semoga berkekalan hingga keakhirnya.. Dan sama2lah kita saling membantu untuk merebut cinta dan kasih sayang Allah dan saling tegur menegur atas khilaf yang ade.... moga sama2 thabat diatas jalan mencari redha Allah...

Sayang antunna semua ... Uhibbukunna fillah....

2 Response to Indahnya Ukhuwah ini

June 4, 2010 at 3:58 PM

sweetlah ustazah =)

June 4, 2010 at 9:15 PM

buat rumate yang disayangi..
ana tak mengharap kata-kata cinta..
tapi sepanjang sem ni ana dpt rase kan ukhwahFillah antara kita cukup indah..ana tak pernah rase sebelum ni..ana da ramai kawan dr pelbagai pelusuk dunia..tp skng bru ana dapat rase ukhwahFillah yang kita bina bersama sahabat2 yang lain..Subahanallah..Inilah nikmat UkhwaFillah..Alhamdulillah Allah pertemukan ana dengan anti n sahabat2 yg lain..ana pun syg anti sebagaimana ana syg diri ana..
ustazah ni mmg sweet romatik jgk kadang2..hehe..gurau je..