Pages

Friday, December 3, 2010

Solatlah Anak2 ku, Adik2 ku

5
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )

InsyaAllah ana akan menceritakan pengalaman mengajar anak-anak solat.. Hhuhu, bukan anak ana anak orang.. Ana cuma menjaga mereka untuk memenuhi masa cuti yang masih bersisa.. Dah tak sabar rasanya untuk memulakan pembelajaran semester baru..

InsyaAllah mereka ni dah besar pun seorang berusia 5 tahun dan seorang lagi berusia 4 tahun.. Dah pandai jaga diri sendiri.. Tudung pun dah pandai pakai sendiri bile nak keluar, cuma kena ingatkanla... Biasala budak-budak.. Jadi bila azan, ana suruh ambil wudhuk dan ... SOLATlah... Nak kata susah.. ana tak rasa susah pun.. mungkin sebab parents mereka dah ajar anak-anak solat sedikit.. ana cuma perhatikan dan betulkan apa yang salah... Hehe, yang silapnya ana, zohor 4 rakaat, tapi ana suruh solat 1 rakaat je.. InsyaAllah lepas ni ana akan pastikan mereka solat 4 rakaat.. Jom tengok gambar..


Takbiratul Ihram ( sahaja aku solat Fardhu Zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala)

Dah rakaat terakhir... 1 rakaat je..


Ini kakak pulak... masa baca Al-Fatihah.. Dah lancar dah..


kakak pun solat 1 rakaat je... Dah ready nak bagi salam ni... tgh baca Tahiyat Akhir...


ini pulak adik sedara ana.. Alhamdulillah dah pandai nak solat... Asyik tanya orang je dah solat belum... Walaupun baru umur 2 tahun... Pandai Syikin.. Moga rajin solat ye bila dah besar nanti..

Akhirnya, ingatlah bahawa solat itu adalah tiang agama.. Bagi mereka yang sudah mempunyai anak, didiklah anak-anak supaya solat sejak dari kecil lagi.. Seperti kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.. Tanamkan perasaan cinta dan suka solat dalam diri anak-anak..

Sabda baginda junjungan yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi." (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Dan moga-moga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Sekalung doa ku panjatkan kehadrat Illahi...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“ Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim ayat 40 )

5 Response to Solatlah Anak2 ku, Adik2 ku

Anonymous
December 3, 2010 at 4:20 AM

salam..
comel anak2 awk ye..
Alhamdulillah dr kecil dan di ajar untuk solat..
moga sesiapa yg membace post ni akan berazam untuk mengajar anak2 mereka utk diri kn solat dr kecil lg..

terus maju berdakwah di alam maya.
AllahuAkbar~

December 3, 2010 at 6:15 AM

Alhamdulillah...
Bukan anak2 ana.. Jadi pengasuh sementara sahaja..
Tapi mestilah kena asuh macam anak-anak sendiri kan??
Supaya nanti anak-anak kita pun ade orang yang mendidik dan menyayangi mereka.. InsyaAllah

December 3, 2010 at 5:42 PM

t x sabar nak ajar anak-anak solat..
ahaks..

December 3, 2010 at 8:07 PM

nisa : x sabar ye...
huhu....

Anonymous
December 6, 2010 at 5:46 AM

wow..
k.long..nnti ana pon nk ajar anak2 ana nnti..
hihihihuhuh..