Pages

Saturday, December 4, 2010

Selamat Tinggal 1431H....

0
Sedar x sedar 1431 H bakal melabuhkan tirainya pada esok hari... Adakah kita mengingatinya ataupun kita lebih teruja untuk melabuhkan tirai 2010 M... Mari sama-sama kita check diri kita... Dimanakah kita???

Tahukah kita bahawa bulan Muharam akan menjelma?? Atau kita menghitung hari kedatangan bulan Januari untuk countdown tahun baru??? Sama-sama tanya diri kita balik..

Adakah kita lebih mengagungkan bulan-bulan Islam ataupun bulan-bulan Masihi??? Sama-sama check diri kita balik.. Dimana kita sebagai umat Islam... Sudah cukupkah kita mempelajari dan mengamalkan Islam dalam diri kita??? Sama-sama muhasabah diri kita kembali...

1431 H bakal melabuhkan tirainya pada hari 29 Zulhijjah.. Sudahkah kita berfikir dan merenung kembali setahun kita dalam tahun ini, adakah kita sudah berbuat sebanyak-banyak amal sebagai bekal kita akhirat kelak?? Adakah kita mengingati peristiwa hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat dulu?? Adakah kita mengingati peristiwa yang berlaku pada sepuluh Muharam ??

Ayuh sahabat-sahabat sekelian.. Ayuh renung2kan dimanakah kita sekarang??? Semoga lembaran 1432H bakal memberi semangat dan keazaman kepada kita untuk menjalankan amanah sebagai makhluk Allah dimuka bumi ini..


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.


Doa Awal Tahun. Dibaca tiga kali selepas Solat Maghrib.

No Response to "Selamat Tinggal 1431H...."