Pages

Monday, December 13, 2010

Muharam

0
Dah hampir sepuluh hari kita memasuki bulan Muharam.. Iaitu bulan pertama dalam tahun hijrah. Kalender yg telah diasaskan oleh Saidina Umar...

Banyak peristiwa yang berlaku didalam bulan Muharam. Antara kisah yang terbesar berlaku semasa 10 muharam ialah tragedi pembunuhan Saidina Husin di tepi Sungai Furat, Karbala`. Pembunuhan ini berlaku kerana keengganan Saidina Husain membai`h Yazid bin Muawiyah. Kepala Saidina Husain telah dipancung.. Kemudian kepalanya telah dibawa kepada Ubaidillah bin Ziyad sbg persembahan. Mereka yang membunh Saidina Husin dan beberapa lagi tentera Al-Husain mendapat hadiah dari Ubaidillah bin Ziyad dan Yazid bin Muawiyah..

Kenapa Saidina Husain enggan membai`ah Yazid? Kerana Yazid mempunyai peribadi yang buruk dan menguruskan hal ehwal umat Islam menyimpang dari Islam. Untuk mengelakkan Islam dipimpin oleh Yazid, maka Saidina Husin melancarkan revolusi terhadap rejim taghut Yazid. Matlamat Saidina Husain ialah untuk mengekalkan kehormatan dan maruah Islam.

Disebabkan peristiwa inilah kita dapat lihat golongan Syiah yg bermandi darah menyambut 10 Muharam . Na`uzubillah.. Ngeri..



Umat Islam digalakkan untuk tidak keterlaluan menyambut 10 Muharram untuk membezakan daripada penganut Syiah. Tidak sedikit ulama' termasuk Imam Syafi'i menganjurkan agar perlu dibezakan bentuk sambutannya. Syiah menyambut 10 Muharram kononnya tarikh kematian Husain r.h yang dikatakan dibunuh oleh Yazid r.h, sedangkan pembunuh Husain adalah golongan Syiah sendiri seperti ditulis oleh banyak ahli sejarah termasuk Ibn Kathir.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa berikut :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan masa bukan Muharam ialah berpuasa..
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA Sabda Rasulullah SAW " Puasa yg paling afdhal sekali ialah (puasa) di bulan Allah, iaitu di bulan Muharam, dan sembahyang yang paling afdhal sekali selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat malam " (HR Muslim)

Dalam Sahim Muslim pula dilaporkan bahawa Rasulullah bersabda, "Puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa setahun yang lalu" ..

Ayuh marilah kita hayati sama2 kedatangan bulan Muharam....


No Response to "Muharam"