Pages

Thursday, December 9, 2010

Terimalah mereka yg berhijrah..

0

Salam sayang semua.. disini ana ingin merungkai persepsi kita… mengenai apa? Ikuti kisah lembaran sirah yang ana bingkiskan disini. Ok, kita lihat siapa Saidina Umar sebelum memeluk Islam.. Beliau merupakan penentang Islam yang sangat hebat.. Sehinggakan Rasulullah berdoa supaya salah seorang dari penentang hebat Islam memeluk Islam..

“Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam” Hadtih riwayat At-Thabarani

Alhamdulillah, akhirnya Saidina Umar memeluk Islam. Islamnya Saidina Umar telah menggembirakan seluruh umat Islam dan penghuni langit. Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Apabila memeluk Islam, beliau merupakan sahabat yang sangat berani.. Sehinggakan beliau menyatakan keislamannya kepada orang ramai.. Dan akhirnya selepas wafatnya Saidina Abu Bakar, beliau dilantik sebagai Khalifah..

Lihat betapa hebatnya Saidina Umar selepas beliau beriman kepada Allah. Tidak tergambar oleh kita bagaimana seorang yg sebelum keislamannya amat memusuhi Islam, tetapi selepas keislamannya beliau telah memberi sumbangan yang banyak kepada Islam..


Kenapa ana ceritakan kisah Saidina Umar ini? Kerana ana mahu kita berfikir dan memikir,, siapapun kita sebelum ini, betapa jahilnya kita dahulu, ingatlah bahawa kita masih ada waktu untuk memperbaiki diri.. Kerana pengampunan Allah itu lebih besar dari dosa yang kita buat..

Nah, jelaskan? Sedangkan Allah itu Maha Pengampun, apatah lagi kita yang hanya manusia biasa.. Layakkah kita menilai manusia dgn hanya melihat apa yang mereka sampaikan? Tahukah kita. Setiap orang melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

Kalau Allah mengampunkan dosa kita (harap2 Allah menerima sgl amalan kita dan Dia x memalingkan mukaNya dari kita, Nauzubillah) malunya kita…Apalah nilainya kita dihadapan Allah.. Betapa kerdil dan hinanya kita dihadapan Allah.. (moga kita tergolong dalam golongan yg soleh) apatah lagi kita yang hanya menilai manusia dengan melihat siapa mereka dahulu..

Perjalanan hidup kita panjang.. Dan ditengah perjalanan kita, kita boleh berubah samaada dari kurang baik ke lebih baik ataupun sebaliknya.. (berdoalah supaya kita mati dlm keadaan Husnul Khatimah).

Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung waktu akhirnya” (HR Bukhari)

Jelas??? Kita tak tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.. Jadi kita juga tak layak untuk menghukum mereka yang belum diberi petunjuk oleh Allah. Kerana boleh jadi akhir kehidupan mereka, mereka mati sebagai orang yang beriman..

Jadi apa yg ingin ana jelaskan sebenarnya?? Huhu, ana mahu kita semua berlapang dada menerima mereka yang mahu berubah kearah kebaikan tanpa melihat siapa mereka yang dahulu.. Bukankah itu lebih baik dari kita menghukum mereka sedangkan kita sendiri pun tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana..

Dan apabila mereka berubah, terimalah apa yang mereka sampaikan. Mereka mungkin lebih memahami dari kita dan mereka bersedia menyahut Firman Allah di dalam surah Ali-Imran yg bermaksud :

“Kalian adalah umat yang terbaik yg dilahirkan untuk manusia, kalian menyeru kpd yang makruf dan mencegah yang mungkar , dan beriman kpd Allah…” (3:103)

Siapa yang tak nak buat baik dan menyebarkan kebaikan didunia ini kan.. Pernah tak kita selami mereka, mereka mengharapkan apabila perubahan berlaku dalam diri mereka, mereka mahukan perubahan itu milik bersama..Walaupun dicela oleh sekeliling kerana janji Allah lah segala-galanya..

“Wahai org2 yg beriman, barangsiapa diantara kamu yg murtad (keluar) dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah cintai mereka, dan mereka mencintaNya, yg bersikap lembut terhadap org yg mukmin, yg bersikap tegas terhadap org2 kafir, yg berjihad dijalan Allah, dan yg tidak takut celaan org2 yg mencela. Itulah karunia Allah , diberikan kepada siapa yg dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”. (5:54)


Akhirnya, terimalah hijrah mereka, jihad mereka kerana Allahlah yg paling layak menilai manusia… Jika Saidina Umar dapat diterima oleh Rasulullah, Hendun yg telah merobek hati Saidina Hamzah juga diterima oleh Rasulullah slps keislamannya apatah lagi kita menerima saudara seislam kita …

Tugas kita?? Jika kebaikan yg mereka sampaikan itu adalah lebih baik dari mereka yang menyebarkan kejahatan yg melata di atas muka bumi ini ambillah... InsyaAllah sama2 muhasabah diri balik..

No Response to "Terimalah mereka yg berhijrah.."